- JBS Melaka
- Hits: 336
WARGA KERJA JBS MELAKA TURUT MERIAHKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PARLIMEN HANG TUAH JAYA
BUKIT BARU, 1 Mei 2023 - Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Hang Tuah Jaya dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bertempat diperkarangan Pusat Perniagaan Putra Sentosa, Bukit Baru, Melaka.
-
Majlis yang bermula seawal jam 5.30 petang sehingga lewat malam itu telah dikunjungi dari segenap lapisan masyarakat rakyat di Parlimen Hang Tuah Jaya. Para pengunjung yang hadir turut bertuah dapat beramah mesra bersama YB Tuan Adam Adli Abd Halim yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya.
-
Majlis tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kesudian hadirnya Yang di-Pertua Negeri Melaka, TYT Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam ke majlis tersebut dan turut hadir, Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ab Rauf Bin Yusoh. Turut hadir SUK Negeri Melaka, YB Datuk Wira Zaidi Bin Johari serta KSU KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.
-
Pengarah JBSNM, Encik Khairul Adri Dato' Rosli serta warga kerja JBS Melaka hadir bagi bersama-sama menjayakan dan memeriahkan majlis sambutan tersebut.
- JBS Melaka
- Hits: 336
