- JBS Melaka
- Hits: 181
PENYELARASAN SEMAKAN DOKUMENTASI AKHIR JBS MELAKA BAGI LAWATAN INSPEKTORAT PEMATUHAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN
AYER KEROH, 23 Mei 2023 - Telah berlangsungnya sesi semakan akhir dokumen bagi Pematuhan Keselamatan Perlindungan oleh Jawatankuasa Keselamatan Jabatan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JBSNM.
-
Sesi yang dipengerusikan oleh Pengarah JBSNM, Encik Khairul Adri Dato' Rosli ini adalah bagi menyemak penambahbaikan dokumen keselamatan yang diperlukan oleh pihak Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia yang akan hadir bagi sesi Inspektorat pada 25 Mei 2023 akan datang.
-
Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan ini diadakan bertujuan untuk membantu dalam meningkatkan tahap keselamatan perlindungan dari aspek Dasar Keselamatan Perlindungan, Keselamatan Fizikal, Keselamatan Rahsia Rasmi, Keselamatan Rahsia Rasmi Dalam Persekitaran (ICT), Keselamatan Peribadi dan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) serta memberi Khidmat nasihat dan syor-syor yang berkaitan.
- JBS Melaka
- Hits: 181
