- JBS Melaka
- Hits: 166
PENYELESAIAN ISU PAIP HYDRANT KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA DIBINCANGKAN BERSAMA KONSULTAN
AYER KEROH, 1 Mac 2023 - Satu sesi perbincangan telah diadakan diantara pihak JBS Melaka bersama perunding SPCE iaitu konsultan sivil Projek Pembangunan Naiktaraf Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka bagi membincangkan beberapa isu berkaitan paip hydrant yang perlu diselesaikan oleh pihak kontraktor.
Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah JBS Melaka; YBrs. Encik Khairul Adri Dato' Rosli. Turut hadir, Penolong Pengarah (Sukan); Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh, Pengurus Kompleks; Puan Runiza Mahmud dan wakil pihak Perunding SPCE.
Sebagai catatan, JBS Melaka memandang isu ini penting untuk diselesaikan kerana pernah dibangkitkan didalam Mesyuarat Penyelarasan Kerosakan dan Kecacatan yang dipengerusikan oleh SUB Pembangunan KBS pada 31 Januari yang lalu dan perlu diambil tindakan segera oleh pihak kontraktor.
- JBS Melaka
- Hits: 166
