TANAH RATA, 15 Mei 2023 - Selama 3 hari dan 2 malam seramai hampir 39 orang peserta berbengkel bagi menyahut seruan bagi memperkasakan program-program di Bahagian Pembangunan Sukan bertempat di Taman Agroteknologi MARDI, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang.
-
Pengisian bengkel pada kali ini lebih menjurus tentang program-program didalam perancangan Bahagian Pembangunan Sukan JBSN yang akan diturunkan ke peringkat JBS Negeri serta menentukan hala tuju program agar sampai kepada golongan yang disasarkan. Taklimat setiap program telah disampaikan oleh Pengarah-Pengarah Cawangan di peringkat JBSN.
-
Penutupan bengkel dan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta telah disempurnakan oleh TKP (Sukan) JBSN, YBrs. Encik Abd Aziz Abd Rahman. Turut hadir, Pengarah Cawangan Penggalakkan dan Pembangunan Sukan JBSN, Encik Sabran Abd Bahar dan Pengarah JBS Negeri Pahang, Encik Muazamir Jili.
- JBS Melaka
- Hits: 241
