SIMPANG AMPAT, 10 April 2023- Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan 120 KM Melaka Ride 2023 Bil. 1/2023 yang berlangsung di Tun Fatimah Club House A’Famosa Resort. Program yang dirancang diadakan pada 10 Jun 2023 ini dijangka mampu menarik minat penggemar sukan berbasikal di Melaka khususnya dan seluruh Malaysia amnya. Laluan 120 KM 'on road' melibatkan 3daerah di Melaka. Objektif perlaksanaan program ini adalah sebagai platform penggiat sukan massa untuk terus melaksanakan kejohanan peringkat tinggi seterusnya mempromosikan Negeri Melaka sebagai destinasi pelancongan domestik dan antarabangsa.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Penolong Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Mohd Syaiful Fahmi bin Mohd Salleh. Sekalung penghargaan dan terima kasih diatas kehadiran semua Agensi yang terlibat.
- JBS Melaka
- Hits: 155
