
KRUBONG, 12 Mac 2023 - Telah berlangsung Kejohanan Melaka Open 2023 NFDP Series MAFA President Cup di Padang 10, Wisma MAFA, Krubong, Melaka. Kejohanan dianjurkan oleh Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) bersama-sama Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang berlangsung pada 11 dan 12 Mac 2023 yang lalu. Seramai 720 pemain dari 48 pasukan dari pelbagai negeri terlibat.
Turut hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah En. Shukri Harun - Ketua Cawangan Program Khas
Bahagian Bakat dan Pembangunan Wanita
Majlis Sukan Negara Malaysia, En. Asri Ninggal - Pengarah MSN Melaka dan En. Muhammad Muaz Bin Rosli Pegawai Pembangunan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, mewakili Pengarah, Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka.
Objektif program ini adalah memberi peluang kepada pemain-pemain akar umbi menunjukkan bakat mereka dlm bolasepak di samping memberi peluang utk mereka dipilih oleh pegawai Teknikal Pembangunan Bolasepak Negara(NFDP) memasuki Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari.
- JBS Melaka
- Hits: 222
