PULAU BESAR, 11 Mac 2023 - Telah berlangsung Program Fun Run Pulau Besar 2023 di Pulau Besar, Melaka. Program dianjurkan oleh Persatuan Sukan REDTMA Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Pembangunan Pulau-Pulau Melaka dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah.
Objektif program ini adalah bagi mempromosikan Pulau Besar dan pulau kluster sebagai produk pelancongan baru negeri Melaka. Program berbentuk fun run ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta mempromosikan aktiviti yang terdapat di Pulau Besar Melaka. Peserta Fun Run Pulau Besar Melaka akan melalui jarak larian 7.5km.
Flag Off peserta Fun Run ini telah disempurnakan oleh YBrs Hj Azhar Bin Yaacob, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Pembangunan Pulau-Pulau Melaka
AYER KEROH, 11 Mac 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah telah dijemput bersama di dalam Majlis Perasmian Karnival Kerjaya Myfuturejobs Melaka Careertrans & Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2023 bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka anjuran Kementerian Sumber Manusia dan PERKESO.
Majis Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka. YBhg Dato' Sri Dr. Mohammed Azman bin Aziz Mohammad, Ketua Eksekutif PERKESO turut hadir dan menyampaikan ucapan alu-aluan.
Di antara pengisian ialah Penyampaian Surat Tawaran Kerja kepada Pencari Kerja yang Berjaya Mendapat Pekerjaan melalui MYFutureJobs, Penyerahan Sijil Perlindungan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah kepada Suri Rumah Berinsurans, Penyampaian Faedah PERKESO dan Lawatan ke Tapak Karnival Kerjaya.
PORT DICKSON, 10 Mac 2023 – Bagi memastikan Sukan OKU terus berkembang dan berimpak, JBS Melaka tidak ketinggalan untuk menghantar dua belas (12) orang penyertaan dikalangan pegawai dan pemegang taruh Pembangunan Sukan OKU untuk menimba ilmu dalam Program Simulasi Pembangunan Sukan OKU Peringkat Zon Selatan bertempat di DRB-HICOM @theacademy, Port Dickson, Negeri Sembilan.
*
Seramai lima (5) orang pegawai JBS Melaka telah hadir terdiri daripada Pegawai Pembangunan Sukan OKU, Puan Masitah binti Ab Wahab, Pegawai Pembangunan Sukan Rekreasi, Encik Muhammad Zulhelme bin Daud, Pegawai Sukan Daerah Melaka Tengah, Encik Muhamad Muaz bin Rosli, Pegawai Sukan Daerah Alor Gajah, En. Zainorizan bin Ehwan, Pegawai Sukan Daerah Jasin, Encik Zamni bin Ani,
*
Manakala tujuh (7) orang peserta pula datangnya dari agensi luar dan berkepentingan dalam Pembangunan Sukan OKU di negeri Melaka terdiri daripada Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah (Pendidikan Khas), YBrs. Encik Ahmad Yunus bin Mohamad Selim, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah (Pendidikan Khas), YBrs. Puan Norashikin binti Abu Hassan, Setiausaha, Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Melaka, Dr Rani Diana binti Othman, Penggerak Sukan Para Powerlifting, Encik Salleh bin Yunus, Penggerak Sukan Para Renang, Encik Danial Ashraf Satyaganesh bin M. Rajendran, Penggerak Sukan Tenpin Boling, Puan Noorafizah binti Hussain dan Encik Syed Zulkafly bin Ahmad.
*
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ingin mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih. Semoga Pembangunan Sukan OKU negeri Melaka terus bergerak kehadapan.
AYER KEROH, 10 Mac 2023 - Telah dilangsung satu sesi Taklimat Penetapan Penunjuk Prestasi Keberhasilan Utama (KPI) Jabatan Belia dan Sukan Negara peringkat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JBS Melaka.
*
Taklimat telah disampaikan Timbalan Pengarah Belia JBS Melaka, Encik Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin. Turut hadir Penolong Pengarah Sukan JBS Melaka, Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh dan wakil- wakil bahagian di Jabatan serta wakil-wakil dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah serta Kompleks Sukan.
KUALA LINGGI,MELAKA, 9 MAC 2023- Selesai sudah Kursus Asas Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka yang telah diadakan selama 4 hari 3 malam. Bermula 6 hingga 9 Mac 2023, bertempat di KM Chalet, Kuala Linggi Melaka.
.
Seramai 36 orang peserta terdiri daripada mereka yang telah mendaftarkan diri sebagai Sukarelawan (Satria). Antara objektif kursus ini adalah untuk memberi latihan secara upskilling dan reskilling kepada para peserta, meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kebolehan peserta dan Pemerkasaan Sukarelawan di peringkat akar umbi.
Melalui kursus ini para sukarelawan di berikan pendedahan menghadapi situasi selepas pasca banjir.
.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Syariffudin Bin Sarmin, Pengarah Cawangan Pembangunan Kesukarelawanan, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, mewakili Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Rakan Muda.
PORT DICKSON, 10 Mac 2023 – Cawangan Pembangunan Sukan OKU, Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah dengan jayanya menganjurkan Program Simulasi Pembangunan Sukan OKU Peringkat Zon Tahun 2023 bermula pada 7 hingga 10 Mac 2023 bertempat di DRB-HICOM @theacademy, Port Dickson, Negeri Sembilan.
*
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YBrs. Encik Zul Fadhli bin Abd Aziz dan turut hadir bersama Penolong Pengarah, Cawangan Pembangunan Sukan OKU, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, YBrs. Encik Shamsuhaime bin Basir dan Penolong Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, YBrs. Encik Mohd Syaiful Fahmi bin Mohd Salleh.
*
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka mengucapkan tahniah di atas pengajuran dan penglibatan daripada wakil Pejabat Pendidikan Daerah, PESRON Melaka dan Penggerak Sukan Para Negeri Melaka. Diharapkan melalui pelaksanaan program dapat melahirkan lebih ramai atlet para dan seterusnya memartabatkan lagi Pembangunan Sukan OKU ini.
PORT DICKSON, 10 Mac 2023 – Cawangan Pembangunan Sukan OKU, Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah berjaya menganjurkan Program Simulasi Pembangunan Sukan OKU Peringkat Zon bagi Tahun 2023 bermula pada 7 hingga 10 Mac 2023 bertempat di DRB-HICOM @theacademy, Port Dickson, Negeri Sembilan.
*
Tujuan program simulasi dilaksanakan adalah memberi pendedahan kepada para peserta bagaimana cara untuk mengendalikan modul di bawah program italent, itrain dan eksplorasi. Selain itu juga, slot bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan PESRON Negeri Sembilan membincangkan berkaitan peranan dan hala tuju dalam pembangunan sukan OKU.
KRUBONG, 9 Mac 2023 - JBS Melaka hadir dan berbesar hati menerima jemputan Kolej Komuniti Melaka bagi mengadakan perlawanan persahabatan futsal demi merapatkan lagi ukhwah diantara kedua-dua agensi ini bertempat di Gelanggang Futsal Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Komuniti Krubong, Melaka.
-
Perlawanan persahabatan diantara kakitangan kedua-dua agensi ini telah berlangsung dengan baik dan harmoni. Kolej Komuniti Melaka diwakili kakitangan terdiri daripada tiga (3) buah kolej iaitu Kolej Komuniti Selandar, Kolej Komuniti Masjid Tanah dan Kolej Komuniti Bukit Beruang.
-
JBS Melaka telah menghantar pasukan yang diwakili kakitangan dan turut disertai Penolong Pengarah (Sukan) JBSNM, Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh yang hadir dan bermain bersama bagi menunjukkan sokongan kepada program sebegini.
-
Terdahulu, Kolej Komuniti Melaka turut mengadakan pemilihan pasukan futsal pelajar bagi persiapan dan persediaan awal mereka ke Kejohanan Sukan Kolej Komuniti 2023 yang akan dilangsungkan tidak lama lagi.
BACHANG, 9 Mac 2023 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka turut bersama Agensi / Jabatan Kerajaan Persekutuan, Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Hari Bertemu Rakyat Kerajaan Negeri Melaka yang telah di adakan bertempat di Kompleks JAPERUN Dun Pengkalan Batu.
Program seperti ini membolehkan rakyat khususnya masyarakat dan komuniti di kawasan Pengkalan Batu boleh bertemu YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka bersama YB Datuk Hajah Kalsom binti Noordin, Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan merangkap ADUN Pengkalan Batu dapat mendengar suara rakyat serta mencari jalan penyelesaian Isu yang di hadapinya.
Turut bersama hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka En. Khairul Adri Bin Dato' Rosli bersama kakitangannya di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah iaitu Puan Nurhanani Bt Tarik dan Puan Sharifah Bt Ismail.