Kota Laksamana, 10-11 Jun 2023 - Telah berlangsung Kejohanan MEA Grand Opening Challenge 2023 bertempat di Ancient Galaxy Esports Hub Kota Laksamana. Majlis Perasmian kejohanan ini telah disempurnakan oleh YB Tuan P. Shanmugam a/l V. Pitchay, Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka dengan jayanya. Turut sama hadir En. Muhammad Hamka Bin Mohd Ali, Presiden Persatuan Sukan Elektronik Negeri Melaka; Puan Norazlin Binti Sarun Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, En. Muhammad Zulhelme Bin Daud Pegawai Pembangunan Sukan Rekreasi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; En. Soon Lam San, Pemilik Ancient Galaxy Esports Hub (Kota Laksamana)
*
Kejohanan ini menampilkan 5 acara sukan Esports iaitu Mobile Legend Bang Bang (MLBB), Player Unknown’s Battleground (PUBG), Valorant, FIFA 23 Dan F1 22 serta mempunyai dua kategori iaitu secara individu dan juga berkumpulan. Seramai 215 peserta telah menyertai kejohanan pada kali ini dan turut disertai peserta datangnya dari luar Negeri Melaka. Tahniah dan syabas kepada penganjur iaitu Persatuan Sukan Elektronik Negeri Melaka (MEA).
- JBS Melaka
- Hits: 182
