- JBS Melaka
- Hits: 222
'RUN FOR PEACE' 2023 SOKA GAKKAI MELAKA BERJAYA TARIK LEBIH 2000 ORANG PENYERTAAN
BUKIT KATIL, 2 Julai 2023 - Persatuan Soka Gakkai Malaysia Cawangan Melaka telah berjaya menganjurkan Program Larian Keamanan 2023 bertempat di Padang Besar Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka. Penganjuran pada kali ini turut mendapat sokongan penuh dari Kerajaan Negeri Melaka dan Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
-
Program larian santai sepanjang 8KM yang antara objektif utamanya bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk pentingnya menjaga alam sekitar dan menyintai keamanan sejagat ini telah berjaya menarik hampir 2000 orang penyertaan dari seluruh Negeri Melaka. Terdahulu, program yang bermula seawal 6.30 pagi ini telah disempurnakan pelepasan 'flag off' larian oleh EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka; YB Tuan VP Shanmugam yang mewakili YAB Ketua Menteri Melaka.
-
Turut hadir, Pengarah JBSNM; Encik Khairul Adri Dato' Rosli, Timbalan Pengarah JBSNM; Encik Mohd Jazwin Abd Rahman, Penolong Pengarah JBSNM; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh dan PBSD Melaka Tengah; Puan Norazlin Sarun.
- JBS Melaka
- Hits: 222

