AYER KEROH, 27 Julai 2023 - Ketua -ketua Bahagian dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka membentangkan program-program diperingkat daerah dan negeri yang telah diturunkan waran dan profil pelaksanaan didalam satu mesyuarat pelarasan bersama Tuan Pengarah JBSNM bertempat di Bilik Mesyuarat JBSNM.
-
Pelbagai program baru bakal dilaksanakan bagi dimanfaat kepada komuniti terutamanya program-program Rakan Muda yang telah diberikan nafas baharu serta berapa program ikonik Kementerian seperti Hari Belia Negara Negeri Melaka 2023, Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah dan Negeri 2023, Jelajah Fit Malaysia Negeri Melaka 2023 & Hari Sukan Negara Negeri Melaka 2023 akan dilaksanakan dalam perancangan setengah tahun kedua tahun 2023.
AYER KEROH, 27 Julai 2023 - Telah berlangsung satu sesi Mesyuarat Bersama Jabatan Bilangan kedua bagi tahun 2023 yang telah dipengerusikan Pengarah JBSNM; Encik Khairul Adri Dato' Rosli bertempat di Bilik Mesyuarat JBSNM.
-
Antara isu yang diberikan keutamaan adalah beberapa pengisian perjawatan yang telah lama tidak diisi di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka yang dilihat sangat kritikal dan memerlukan pengisian segera.
-
Mesyuarat ini bertujuan memberikan ruang kepada wakil-wakil kakitangan dari pelbagai gred untuk menyampaikan keperluan dan permasalahan mereka kepada pihak majikan bagi diangkat ke MBJ diperingkat Kementerian untuk diberikan perhatian dan penyelesaian.
-
Turut hadir, Timbalan Pengarah; Encik Mohd Jazwin Abd Rahman dan Penolong Pengarah; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh.
AYER KEROH, 25 Julai 2023 – Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Melaka Tengah bagi membincangkan getak kerja yang akan dilaksanakan sebelum tiba hari penganjuran LSK 2023 Peringkat Daerah Melaka Tengah.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Norazlin Bt Sarun Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Melaka Tengah.
Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Melaka Tengah di jadualkan akan berlangsung pada 6 Ogos 2023 (Sabtu) bagi acara Futsal Lelaki, 12 Ogos 2023 (Sabtu) bagi acara Bola Jaring, 13 Ogos 2023 (Ahad) bagi acara Sepak Takraw dan lokasi pertandingan adalah di Kompleks Sukan Komuniti Krubong.
DUYONG, 26 Julai 2023 – Sedang berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Induk Program Joging Merdeka Madani 2023 sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 66 Tahun. Mesyuarat telah diadakan di Bilik Gerakan Sekolah Kebangsaan Seri Duyong.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Nazari Bin Adzim, Pengerusi Persatuan Joging Negeri Melaka. Program dijadualkan akan berlangsung pada 20 Ogos 2023 (Ahad) bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Duyong dan melibatkan penyertaan seramai 1000 peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Majlis Pelancaran akan disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan tetamu kehormat adalah Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang Di-Pertua Negeri Melaka.
Selain daripada barisan kepimpinan Persatuan Joging Negeri Melaka, Pengurusan Sekolah Kebangsaan Seri Duyong, pelbagai agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) turut dijemput hadir di dalam mesyuarat penyelarasan tersebut. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah wakili oleh Puan Norazlin Bt Sarun selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah
PUTRAJAYA, 25 Julai 2023 - Telah berlangsungnya Mesyuarat Tapak Projek Pembangunan Kompleks Sukan Jasin kali ke 9 yang telah dipengerusikan SUB Pembangunan KBS; Tuan Amir Hamzah Awang Ghazali bertempat di Aras 8, Bilik Mesyuarat Bahagian Pembangunan, Menara KBS, Putrajaya.
-
Mesyuarat telah dihadiri Perunding, Arkitek dan Kontraktor projek yang telah dipertanggungjawabkan oleh pihak Kementerian bagi menyiapkan projek tersebut mengikut masanya untuk dimanfaatkan komuniti setempat dengan segera. Untuk makluman, KS Jasin dijangka akan disiapkan pada 31 Disember 2023.
-
Turut hadir mewakili JBSNM ke mesyuarat tersebut, Pegawai Pembangunan JBSNM; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh, PBSD Jasin; Puan Nurul Haida Mohd Ghazali dan Penolong Jurutera Jabatan; Encik Mohd Ariff Ariffin.
Ayer Keroh, 24 Julai 2023 – Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah telah mengadakan sesi kunjung hormat ke Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah bagi bertemu YBhg. Datuk Saiful Hazwa Bin Kipli, Pegawai Daerah Melaka Tengah yang baru.
Dalam pertemuan ini, Puan Norazlin Bt Sarun, selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah telah mengambil kesempatan untuk memperkenalkan diri dan memberi sedikit taklimat berkenaan pelaksanaan Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Melaka Tengah yang bakal berlangsung pada bulan Ogos 2023.
Turuh hadir bersama Puan Nurhanani Bt Tarik, Pegawai Pembangunan Belia dan En. Muhamad Muaz Bin Rosli, Pegawai Pembangunan Sukan, PBSD Melaka Tengah.
MELAKA, 19 Julai 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah mengucapkan Tahniah di atas Penganugerahan Tokoh Belia Islam yang diterima oleh Saudara Khalil Haji Ismail. Beliau merupakan salah seorang barisan kepimpinan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Bandar Melaka.
Saudara Khalil Haji Ismail merupakan salah seorang belia yang banyak menyumbang tenaga serta idea dalam kerja kerja pembangunan belia di Negeri Melaka Khususnya gerak kerja belia di dalam Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Melaka.
Diharapkan dengan penganugerahan yang diterima menjadi semangat dan galakan kepada belia – belia di Negeri Melaka untuk terus menabuk bakti, jasa dan tenaga muda mereka di dalam kerja kerja Pembangunan Belia
MASJID TANAH, 22 Julai 2023 - Telah berlangsung Program Santai Majlis Belia India Malaysia Cawangan Masjid Tanah (MIYC) bersama ahli bertempat di Taman Rekreasi Durian Daun, Masjid Tanah. Antara pengisian program ialah sembang santai isu semasa dan memancing. Seramai 30 ahli belia hadir bagi memeriahkan suasana.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Saudara Kuhan a/l Morgan, Pengerusi MIYC Masjid Tanah di atas penganjuran program. Turut hadir sama , Encik Zainorizan bin Ehwan, Wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah.
ASAHAN, 21 Julai 2023 - Pegawai Daerah Jasin, Rahizi Ranom membuat lawatan kerja rasmi ke Kompleks MSN Saujana Asahan bagi melihat perkembangan terkini status baikpulih yang dilaksanakan.
Kompleks MSN Saujana Asahan telah dibina pada 08 November 2000 dan siap sepenuhnya pada 08 Februari 2002. Ia terletak bersebelahan dengan kawasan tadahan air di kaki Gunung Ledang dan berhampiran dengan kawasan sempadan antara 3 buah negeri iaitu Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.
Selain melihat status semasa pembaikan, beliau turut mendengar taklimat ringkas dari Muhammad Nizam Talib, Pengurus Kompleks MSN Saujana Asahan berkaitan program yang bakal berlangsung iaitu Kailas Mount Ophir Ultra Trail 2023 yang akan berlangsung 16 dan 17 September 2023 ini melibatkan penyertaan 800 orang peserta dari dalam dan luar negara.
.
Turut hadir dalam lawatan berkenaan ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Nurul Haida Mohd Ghazali ; Penyelia Projek JKR Jasin, Mohd Faisal dan Pengurus Projek Kontraktor Bina Sinar Sdn Bhd, Ismanizam.