
LENDU, 20 Mac 2023 - Sebuah syarikat yang berpengalaman didalam menyediakan perkhidmatan berkualiti dalam pembangunan laman web, aplikasi dan kursus berkaitan teknologi iaitu Novosoft Solution Sdn Bhd dengan kerjasama UITM Cawangan Melaka telah mengambil satu inisiatif terbaru dengan menganjurkan Program Campus Attack Esports Carnival 2023 dan juga pelancaran Aplikasi Web Eksklusif Roombox yang mampu menghubungkan pelajar, kelab, alumni, fakulti dan masyarakat bertempat di Dewan Taming Sari, UITM Cawangan Melaka.
-
Terdahulu majlis perasmian dan gimik pelancaran telah disempurnakan oleh Exco Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Melaka, YB Datuk Rais Yassin. Turut hadir, Rektor UITM Cawangan Melaka, Prof. Madya. Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini, Penolong Pengarah (Sukan) JBSNM, Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh mewakili Pengarah JBSNM, Lembaga Pengarah Novosoft Solution Sdn Bhd, YBhg. Dato' Rosthman Ibrahim dan Presiden Persatuan Sukan Elektronik Negeri Melaka (MEA), Encik Hamka Tun Mohd Ali.
- JBS Melaka
- Hits: 245
