- JBS Melaka
- Hits: 199
SKILLS FOR LIFE MELATIH ANAK MUDA 3B (BERKEMAHIRAN, BERILMU DAN BERPENGETAHUAN) DALAM ASAS PENYELENGGARAAN ELEKTRIK
AYER KEROH, 24 Jun 2023 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, seramai 5 orang anak muda dari Daerah Melaka Tengah telah menyertai Program Skills For Life Asas Penyelenggaraan Elektrik anjuran IKTBN Alor Gajah dengan kerjasama JBSNM.
Program ini merupakan peluang latihan kemahiran asas belia pada hujung minggu bagi memperkenal dan mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada peserta Asas Penyelenggaran Elektrik.
Tahniah diucapkan kepada saudara Muhammad Azwan Bin Zaidi, saudara
Muhammad Amirul Bin Adran, saudara Muhammad Shafiq Bin Rahim, saudara Muhammad Danial Izzani Bin Jumadi dari Kelab Rakan Muda Tangga Batu dan saudara Muhammad Tajuddin Bin Muhammad Kusairi dari Satria Negeri Melaka kerana telah menghadiri program ini dengan jayanya.
Kerjasama strategi di antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bersama Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah akan membuka peluang khususnya kepada belia yang meminati bidang kemahiran untuk mempelajari bidangn kemahiran yang mereka minati.
- JBS Melaka
- Hits: 199
