KRUBONG, 17 September 2022 - Pasukan Anfield Kops muncul Johan setelah berjaya menewaskan Nexus FC dan membawa pulang hadiah wang tunai RM13,000.00 berserta Piala Pusingan di Kejohanan Bola Sepak 9' sebelah Veteran Melaka Anjuran Persatuan Kebajikan Prihatin dan Rekreasi (CAREWEAS) dengan kerjasama MIFA dan MUSA di Padang 10 Krubong, Melaka.
*
Menurut pihak penganjur, Kejohanan ini sangat bertepatan dianjurkan bersempena Sambutan Hari Malaysia serta Hari Sukan Negara yang akan disambut tidak lama lagi dan ianya juga mendapat sokongan penuh dari YB Tuan P. Shanmugam A/L V. Pitchay; selaku Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka.
*
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh; Penolong Pengarah (Sukan) JBS Melaka, mewakili Tuan Pengarah JBS Melaka. Turut sama hadir, Encik Roban Ramachandram; Pengerusi Persatuan Kebajikan Prihatin dan Rekreasi (CAREWEAS) dan Encik Zulfiqar; wakil MUSA. Untuk makluman, sebanyak 21 pasukan yang mengumpulkan bekas-bekas pemain dan veteran menyertai kejohanan ini bagi merebut hadiah terkumpul keseluruhan RM25,000.00 yang telah ditawarkan.
*
JBS Melaka mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan dari pihak penganjur dan semoga kejohanan sebegini dapat diteruskan dan dapat memberi impak yang baik kepada komuniti.
#BAHAGIANSUKAN

- JBS Melaka
- Hits: 247