AYER KEROH, 20 Ogos 2022 - Bertemakan "Ini Masa Kita," Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Melaka 2022 disambut dengan penuh warna warni selama 2 hari bermula hari ini dan diisi dengan pelbagai aktiviti menarik berpandukan kepada 6 elemen utama iaitu Modal Insan; Gaya Hidup Aktif; Ekonomi; Kreativiti; Inovasi & Digitalisasi; Kenegaraan & Patriotisme dan Daripada Belia Untuk Belia.
Selain daripada itu, HBN Melaka turut membuka platform kepada para belia yang sedang mencari peluang pekerjaan melalui sesi program HBN Job Fair yang menjemput para majikan daripada pelbagai sektor mengadakan pameran dan temuduga terbuka.
Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dalam ucapannya ketika merasmikan sambutan HBN Melaka malam tadi berkata, belia merupakan aset berharga dalam menentukan kejayaan setiap agenda pembangunan yang dirangka, justeru kerajaan negeri akan terus menyokong agenda terbabit dan pada masa sama bersedia mendengar pendapat dan cadangan yang dilontarkan anak muda di negeri ini.
Hadir sama di majlis perasmian, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka, VP Shanmugam; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Khairul Adri Dato' Rosli dan Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.
#BAHAGIANBELIA

- JBS Melaka
- Hits: 334