Masjid Tanah, 8 Ogos 2022- Seramai 120 Orang telah berjaya menderma darah bagi Program Jom Derma Darah @ KBS Siri II yang telah dilaksanakan pada 8 Ogos 2022, bertempat di Universiti Melaka (UNIMEL). . Program ini bertujuan untuk membantu Pusat Tabung Darah Negeri mendapatkan stok simpanan darah bagi memastikan keperluan darah di hospital berada pada keadaan selamat. . Siri II ini mendapat kerjasama daripada Fakulti Kejururawatan Universiti Melaka (UNIMEL). Seramai 100 penderma pertama yang berjaya menderma menerima cenderahati daripada Jabatan. Nantikan Siri ke III dan merupakan siri terakhir bagi Program Jom Derma Darah @ KBS. . #bahagianrakanmuda
LENDU, 7 Ogos 2022- Malaysia Sport League (MSL) Peringkat Negeri Melaka 2022 telah disambut meriah pada 7 Ogos bertempat di Perkampungan Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Melaka, Alor Gajah. Syabas dan Tahniah diucapkan untuk Pasukan Bola Jaring A dari Alor Gajah yang telah berjaya merangkul gelaran Johan MSL Peringkat Negeri Melaka bagi Tahun 2022. Naib Johan juga dari Pasukan Bola Jaring Alor Gajah B . Barisan kombinasi pemain yang menarik menjadi salah satu kekuatan kedua-dua pasukan dalam merangkul kejuaraan ini. Sambutan aura Johan Kontinjen Alor Gajah diteruskan lagi dengan kejayaan Pasukan Sepak Takraw dengan merangkul gelaran Johan dan Naib Johan. Pelbagai cabaran perlu dilalui oleh pasukan ini dan akhirnya, kejayaan milik mereka. Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka mengucapkan Tahniah dan Syabas juga kepada semua pasukan yang bertanding dan menunjukkan semangat perjuangan yang tinggi. Kalah dan menang adat pertandingan. Semoga bertemu pada edisi akan datang. Senarai kemenangan yang dirangkul Alor Gajah bagi setiap kategori seperti berikut: Bola Keranjang 3 X 3 (Lelaki) Naib Johan & Ketiga Badminton (Berpasukan) Naib Johan Futsal (Lelaki) Ketiga Futsal (Wanita) Ketiga Sepak Takraw Johan & Naib Johan Bola Jaring Johan & Naib Johan
ALOR GAJAH, 7 Ogos 2022 – Kejohanan Malaysia Sport League (MSL) 2022 Peringkat Negeri Melaka telah berlangsung dengan jayanya di Universiti Teknologi Mara Lendu. Program berkenaan merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka yang melibatkan 5 acara iaitu Futsal, Bola Keranjang (3 On 3), Sepak Takraw, Badminton dan Bola Jaring. . Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Khairul Adri bin Dato' Rosli, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Turut hadir Rahizi Ranom, Pegawai Daerah Jasin yang memberikan semangat kepada kontijen Jasin yang bertanding. . Pasukan Badminton dan Futsal Wanita telah dinobatkan sebagai Johan bagi edisi kali ini dan akan mewakili Negeri Melaka ke peringkat Kebangsaan di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 25 hingga 28 Ogos 2022 ini. . Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. . Senarai Pemenang Pasukan Jasin adalah seperti berikut : . Badminton : Johan Futsal Wanita : Johan Futsal Lelaki : Naib Johan Bola Keranjang Wanita : Naib Johan dan Ketiga Bola Jaring : Ketiga Sepak Takraw : Ketiga
MASJID TANAH, 7 Ogos 2022 - Dewan Taming Sari, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah dan GF1M Paya Rumput menjadi 2 venue penting yang melihatkan seramai 360 orang peserta dari 3 buah Daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin bersaing dengan penuh semangat kesukanan dan keharmonian bagi mencari pemenang yang akan dipilih memperkuatkan kontinjen Negeri Melaka ke Kejohanan MSL 2022 Peringkat Kebangsaan pada 25 hingga 28 Ogos kelak. * MSL 2022 Melaka telah berjaya mengcungkil bakat-bakat baharu yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi bagi mewarnai arena sukan negara pada masa akan datang. * Untuk rekod, MSL 2022 Melaka telah bermula seawal 20 Mac 2022 yang lalu dengan dimulakan pencarian Johan dan Naib Johan bagi setiap sukan dan dilangsung secara mingguan untuk diangkat mewakili Daerah ke Kejohanan MSL 2022 peringkat Negeri Melaka. * MSL 2022 Melaka telah mendapat sokongan pelbagai pihak terutamanya Kerajaan Negeri Melaka dan agensi kerajaan dan swasta baik diperingkat Daerah dan Negeri. Tidak dilupakan kerjasama dan komitmen yang baik dari semua persatuan sukan yang terlibat bagi memastikan kelancaran program kali ini.
MASJID TANAH, 7 Ogos 2022 - Malaysia Sports League (MSL) 2022 Peringkat Negeri Melaka telah dilangsungkan bertempat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Majlis Perasmian yang dilangsungkan di Dewan Taming Sari telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; Khairul Adri Bin Dato' Rosli. Turut sama hadir Datuk Shamsul Ambia Abdul Aziz; Pegawai Daerah Melaka Tengah, Tuan Saiful Hazwa Kipli; Pegawai Daerah Alor Gajah dan Tuan Rahizi Ranom; Pegawai Daerah Jasin, merangkap Ketua Kontinjen Daerah masing-masing bagi Kejohanan MSL 2022 Melaka pada kali ini serta Encik Muhd Amirul Husni Hasan mewakili Rektor UiTM Cawangan Melaka.
*
Majlis telah dimulakan dengan perarakan masuk kontinjen Daerah yang bertanding serta akhiri dengan gimik perasmian dan montaj sebagai simbolik bermulanya MSL 2022 Peringkat Negeri Melaka.
*
MSL 2022 Melaka telah dilangsungkan bermula 20 Mac 2022 yang lalu bagi kejohanan diperingkat Daerah dan kemuncaknya dilangsungkan di UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah sebagai venue utama dan melibatkan penyertaan seramai 360 orang peserta dari tiga buah Daerah yang bertanding didalam 5 jenis sukan iaitu Sepak Takraw, Futsal Lelaki dan Wanita, Bola Keranjang 3on3 Lelaki dan Wanita, Bola Jaring dan Badminton Berpasukan.
*
Johan setiap kategori acara sukan bakal mewakili Negeri Melaka ke MSL 2022 Peringkat Kebangsaan yang akan dilangsungkan pada 25 hingga 28 Ogos ini di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
*
JBS Melaka juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada presiden dan persatuan sukan yang bersama membantu menjayakan MSL 2022 Melaka pada kali iaitu Persatuan Bolasepak Negeri Melaka, Persatuan Bola Jaring Negeri Melaka, Persatuan Bola Keranjang Negeri Melaka, Persatuan Badminton Negeri Melaka, Persatuan Sepak Takraw Negeri Melaka serta Kelab Bolasepak Merlimau Pasir.
*
Senarai pemenang bagi setiap kategori adalah seperti Berikut:
BUKIT BERUANG, 1 Ogos 2022 - Seramai 15 orang pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka hari ini mengikuti Bengkel Training Of Trainers Sistem Electronic Malaysia Youth Index (e-MYInd) anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) di Kolej Komuniti Bukit Beruang. Bengkel sehari tersebut diadakan bagi melatih dan memberi pemahaman mendalam kepada para pegawai JBS Negeri Melaka yang dilantik sebagai 'Focal Point' yang bertanggungjawab sebagai Pentadbir Agensi untuk merekod dan membuat pelaporan bagi semua aktiviti dan program belia, sukan dan rakan muda yang dianjurkan di negeri Melaka. Majlis perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah JBS Negeri Melaka, Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh. Hadir sama dalam majlis tersebut, Pengarah Kolej Komuniti Bukit Beruang, Mejar Bersekutu (PA) Muhammad Sani Che Idris dan Pegawai Penyelidik IYRES, Wan Suriani Wan Jamal. Sistem e-MYInd, satu sistem bersepadu Malaysian Youth Index yang dibangunkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui IYRES dengan tujuan untuk merekodkan maklumat pembangunan belia merentas agensi pelaksana. Idea ini diperolehi berdasarkan konsep 'bank' yang menyimpan data pembangunan belia secara bersepadu di mana e-MYInd mampu menjana statistik pelaporan secara dinamik yang boleh menjadi rujukan keberkesanan program-program pembangunan belia. Sistem e-MYInd dibangun selari dengan spirit Dasar Belia Malaysia 2015 yang menekankan konsep 'merentas pelaksana' dalam pembangunan belia bagi memastikan pembangunan belia di negara ini adalah secara bersama berdasarkan fungsi dan keupayaan setiap pelaksana. Inisiatif ini membolehkan sumber dan maklumat dikongsi ke arah penyerlahan potensi belia negara ke tahap yang optimum.
JASIN, 2 Ogos 2022 - Setelah berkhidmat selama 3 bulan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin, Muhammad Mohsien Jamaludin mengucapkan selamat tinggal kepada rakan setugas dan kembali berkhidmat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. . Tempat beliau telah diganti dengan Muhammad Faizzudin Ali dari Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Serah Tugas telah disempurnakan dan disaksikan oleh Nurul Haida Mohd Ghazali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin. . Selamat maju jaya kepada Muhammad Mohsien Jamaludin dan terima kasih atas jasa dicurahkan. Selamat datang buat Muhammad Faizzudin Ali ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin. Semoga kerjasama dan persefahaman dapat diterapkan dalam semangat kerja berpasukan.
LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KBS KE PROJEK KOMPLEKS SUKAN JASIN, MELAKA
BEMBAN, 2 Ogos 2022 - Lawatan Kerja Timbalan Ketua Setiausaha KBS, Tuan Abdullah bin Hasan melawat Projek Kompleks Sukan Jasin. Lawatan tersebut turut diiringi oleh Pengarah JBS Negeri Melaka, Tuan Khairul Adri bin Dato' Rosli. . Hasil lawatan dan perbincangan tersebut, Timbalan Ketua Setiausaha KBS, Tuan Abdullah bin Hasan berharap proses membina dan menyiapkan kompleks tersebut dapat dibuat dalam masa ditetapkan. . Semoga dengan kemudahan di kompleks sukan ini dapat memberi manfaat kepada belia-belia di daerah Jasin untuk terus menyerlah dalam bidang sukan dan sosial.
MASJID TANAH , 2 Ogos 2022 - YBhg. Tuan Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah membuat Lawatan Kerja ke Projek Naiktaraf Kompleks Rakan Muda Alor Gajah (KRM). Turut hadir sama Encik Khairul Adri bin Dato' Rosli, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Projek Naiktaraf ini dalam fasa akhir pembaikan. Berita baik juga untuk semua warga Alor Gajah umumnya dan pengguna setia KRM khususnya yang tidak sabar untuk kembali aktif menggunakan fasiliti dan kemudahan yang ada.