MELAKA, 8 Oktober 2022 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Persekutuan Silat Negeri Melaka (PESAKA Melaka), Persatuan Seni Gayung Fatani Melaka, Persatuan Wushu Tarian Naga dan Singa Negeri Melaka, Persatuan Silambam Malaysia Negeri Melaka, Kelab Taekwando Jasin (WTF) dan Kelab Muay Thai Rizq telah berjaya menganjurkan Program Active@Martial Arts Peringkat Negeri Melaka 2022 disekitar Negeri Melaka yang melibatkan lima (5) jenis sukan seni mempertahankan diri iaitu Silat, Wushu, Taekwando, Muay Thai dan Silambam.
*
Hampir 200 orang peserta telah mengambil bahagian didalam penganjuran pada kali ini dan lebih menarik dilangsungkan pada hari yang sama dengan Sambutan Hari Sukan Negara 2022 Peringkat Negeri Melaka yang mana tujuan utamanya adalah bagi menggilap bakat-bakat baharu didalam sukan yang terpilih, membudayakan gaya hidup sihat, disamping memartabatkan semula sukan-sukan tersebut agar terus mendapat perhatian umum dan dapat terus berkembang diperingkat akar umbi.
*
Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat didalam menjayakan penganjuran program ini dan tahniah kepada semua peserta yang berjaya memenangi pertandingan yang diadakan. Kepada yang kurang berjaya, jangan berputus asa kerana peluang masih ada dan teruskan berlatih supaya dapat mempertingkatkan kemahiran yang dimiliki.

- JBS Melaka
- Hits: 266