JASIN 19 MEI 2024 - Stadium Mini Jasin dimeriahkan dengan acara Aerobicthon HBN Melaka 2024 dengan kehadiran seramai hampir 300 orang penggiat sukan kecergasan. Acara ini turut disertai oleh YB Datuk Khaidirah binti Datuk Seri Abu Zahar, Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET merangkap Presiden Majlis Gabungan Belia bersama YBhg. Datuk Rahizi Bin Ranom Pegawai Daerah Jasin.
Tahniah kepada semua peserta yang menyertai acara ini. Anda semua memang awesome.!!
JASIN 19 MEI 2024 - Kemeriahan hari kedua Sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringat Negeri Melaka diteruskan dengan acara Fun Ride HBN Melaka 2024. Hampir 400 orang penggiat sukan berbasikal telah menyertai acara fun ride sejauh 30km ini.
Hadir bersama menyerikan acara YB Datuk Khaidirah binti Datuk Seri Abu Zahar, Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET merangkap Presiden Majlis Gabungan Belia, YBhg. Datuk Rahizi Bin Ranom Pegawai Daerah Jasin dan Encik Khairul Adri bin Dato' Rosli, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka.
Tahniah kepada semua peserta yang memeriahkan acara ini dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakannya.
JASIN 19 Mei 2024 - Seramai 5330 belia telah memeriahkan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2024. YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab. Rauf bin Yusoh telah hadir menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka bertempat di Stadium Mini Jasin, Melaka pada 18 Mei 2024. Pelbagai aktiviti menarik yang berlangsung sepanjang Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Melaka yang turut merangkumi 10 gaya hidup Rakan Muda antaranya:
Rakan Aktif ? Fun Run ? Fun Ride ?? Zumbathon / Aerobikthon ⚽️ Perlawanan Bola Sepak ?Stacking Cup
Turut hadir, YB Datuk Khaidhirah Bt Datuk Seri Abu Zahar Presiden MGBM merangkap Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET, YB Tuan Shanmugam A/L V. Pitchay Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan serta Tuan Khairul Adri bin Dato’ Rosli Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ?? Yakin boleh, JBSN bersama ??
JASIN 18 Mei 2024 - Acara Fun Run HBN Melaka 2024 membuka tirai kemeriahan Sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringat Negeri Melaka. Hampir 400 orang peserta menyertai acara fun run yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Khaidirah binti Datuk Seri Abu Zahar, Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET merangkap Presiden Majlis Gabungan Belia. Hadir bersama Encik Khairul Adri bin Dato' Rosli, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka.
AYER KEROH, 17 MEI 2024 - Sempena Sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung pada 18 dan 19 Mei 2024, satu Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat telah diadakan di Surau Kompleks Belia dan Sukan Ayer Keroh. Majlis serba ringkas ini diadakan bagi memohon keberkatan sempena pelaksanaan HBN Melaka 2024.
Hadir bersama Encik Khairul Adri bin Dato' Rosli, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka. Pada masa yang sama taklimat program turut disampaikan kepada semua jawatankuasa pelaksana. Semoga semuanya dipermudahkan.
BANDA HILIR, 16 Mei 2024 - Telah berlangsung lawatan tapak bersempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2024. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan MBM akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 bertempat di Dataran Pahlawan, Banda Hilir bermula 24 hingga 26 Mei 2024.
Antara perkara yang dibincangkan menjurus kepada persiapan tempat, agenda protokol majlis dan penyelarasan aktiviti berfokuskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda dengan 60 buah pengisian
antaranya Malam Solidariti Palestin, Larian Yakin Boleh Belia Malaysia 2024, Himpunan Komuniti Belia, perkhemahan belia, Pavilion Seni
Budaya Negeri-negeri, karnival kerjaya, jualan dan pameran agensi kerajaan, swasta dan NGO serta banyak lagi.
Lawatan tapak telah di Pengerusikan oleh Encik Khairul Adri bin Dato' Rosli, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka. Turut hadir sama Encik Syed Isa Alsagoff, Pengarah MCMC Negeri Melaka, Unit Komunikasi Korporat (UKK) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Radio Televisyen Negeri Melaka (RTM).
JASIN 15 Mei 2024(Rabu) - Bahang Sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Negeri Melaka kian terasa.!! Gerak kerja persediaan jawatankuasa pelaksana terus diperhebatkan.!! Bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Japerun Rim telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Negeri Melaka yang dipengerusikan oleh YB Datuk Khaidirah binti Datuk Seri Abu Zahar, Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET Negeri Melaka merangkap Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka. Hadir bersama Encik Khairul Adri bin Dato' Rosli, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka bersama pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan Jawatankuasa Majlis Gabungan Belia Melaka.
15 Mei 2024 (Rabu) - Buat julung kalinya Melaka menyediakan mesin simulator golf khususnya bagi penggiat dan peminat sukan golf. Majlis Pelancaran Mesin Simulator Golf ini telah disempurnakan oleh Encik Khairul Adri bin Dato' Rosli, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka bertempat di InDGolf Cafe Melaka. Tahniah diucapkan kepada pihak InDgolf Cafe Melaka di atas inisiatif menyediakan mesin simulator golf ini ke arah mengaplikasikan teknologi terkini dalam pembangunan sukan tanah air.
JASIN, 15 2024 - Berlangsungnya satu slot DIALOG 3.00 petang DJ John Jenin bersama Encik Khairul Adri bin Dato' Rosli, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka dan Encik Muhammad Norshah Ezwan bin Yusuf, Naib Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) dalam mempromosikan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka dan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2024 di konti Hitz Jasin, Majlis Perbandaran Jasin.
Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka akan diadakan pada 17-18 Mei 2024 bertempat di Stadium Jasin dan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2024 bertempat di Dataran Pahlawan, Melaka