Selandar, 9 Jun 2024 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Kelab Kanu Bandar Melaka selesai menganjurkan Program Eksplorasi Alam Peringkat Negeri Melaka 2024 bertempat di Taman Eko-Rimba Bukit Batu Lebah Selandar, Jasin, Melaka dengan jayanya.
Program yang bermula pada 8 hingga 9 Jun 2024 ini telah disertai seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada belia-belia dan anak muda negeri Melaka. Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan dalam program ini antaranya kraf perkhemahan, ikhtiar hidup, pengenalan perangkap dan jerat, mendaki serta merentas hutan.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Khairul Adri bin Dato' Rosli, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Turut Hadir Encik Kamaruddin bin Ibrahim, Pengerusi Kelab Kanu Bandar Melaka dan Encik Nik Zaiman bin Peei, Pengurus Taman Eko-Rimba Bukit Batu Lebah.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Rakan Strategik bagi program ini iaitu Kelab Kanu Bandar Melaka dan Pengurusan Taman Eko-Rimba Bukit Batu Lebah yang telah membantu menjayakan program ini.
- JBS Melaka
- Hits: 228
