- JBS Melaka
- Hits: 186
MAJLIS AMANAT KETUA KONTINJEN NEGERI MELAKA SEMPENA KEM AKHIR PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024
- JBS Melaka
- Hits: 186
KUCHING SARAWAK 19 SEPTEMBER 2024 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM) melalui Bahagian Pembangunan Sukan telah melaksanakan Kem Akhir Para SUKMA XXI SARAWAK 2024 yang bermula pada 18 hingga 20 September 2024 bertempat di Hotel Hock Lee, Kuching Sarawak. Kem ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Melaka (PESRON) dan Kelab Sukan Rekreasi Kembara selaku rakan strategik.
Seramai 105 orang peserta telah menyertai kem ini yang terdiri daripada Atlet, Jurulatih, Pengurus dan Pegawai bagi sukan para Badminton, Catur, Lawn Bowls, Olahraga, Powerlifting, Pingpong, Renang, Tenpin Boling, Memanah dan Boccia.
Kem ini dilaksanakan sebagai platform untuk persediaan kontinjen menghadapi cabaran ke Para SUKMA di samping membina persefahaman serta meningkatkan jati diri seterusnya memupuk semangat juang yang tak pernah mengenal erti putus asa dalam diri atlet. Majlis Amanat Ketua Kontinjen telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka YBrs, Tuan Mohamad Mazlan Bin Anis selaku Ketua Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka. Turut serta hadir YBrs, Tuan Hj Sha’ari Bin Samsudin, Timbalan Ketua Kontinjen, Penyelaras Kontinjen Encik Mohd Khairol Bin Kamis. Presiden Persatuan Orang Kurang Upaya Negeri Melaka, Encik Abu Bakar Bin Nyet dan Pengerusi Kelab Sukan Rekreasi Kembara Encik Mohd Fadil Bin Saidin.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Melaka (PESRON), Kelab Sukan Rekreasi Kembara serta Pengawai dan Kakitangan JBSNM dalam bersama-sama menjayakan Kem Akhir ini. Diharapkan Kontinjen Negeri Melaka akan memberikan pencapaian terbaik dan mencapai sasaran pingat di Temasya Para SUKMA XXI SARAWAK 2024 kali ini.