- JBS Melaka
- Hits: 63
PROGRAM INSPIRE I-TALENT (SINERGI I-TALENT) PERINGKAT NEGERI MELAKA 2025 (SIRI 3)
- JBS Melaka
- Hits: 63
MELAKA, 7 Mei 2025 - Program Inspire i-Talent (Sinergi i-Talent) Peringkat Negeri Melaka 2025 (Siri 3) yang berlangsung di Institut Pendidikan Guru, Melaka melabuhkan tirainya dengan tumpuan khas kepada sukan para olahraga.
Majlis penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Dr. Norshidah binti Abu Husin, Pengarah Institut Pendidikan Guru, Melaka diiringi oleh YBrs. Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Turut hadir Encik Mohd Eirwan bin Halim, wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Puan Norhasniza binti Abdul Hadi, wakil Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka, Encik Abu Bakar bin Nyat, Presiden, Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Negeri Melaka.
Seramai 60 peserta berbakat dalam kalangan murid berkeperluan khas dan orang kurang upaya (OKU) dari seluruh Melaka menyahut cabaran dan menunjukkan potensi luar biasa sebagai atlet para masa depan. Program ini menjadi platform penting pencarian bakat baharu sukan para negeri Melaka dan membuktikan bahawa tiada had untuk menyerlah dalam dunia sukan.