- JBS Melaka
- Hits: 107
PROGRAM INSPIRE i-TALENT (SINERGI i-TALENT) PERINGKAT NEGERI MELAKA 2025 (SIRI 1) BERJALAN DENGAN LANCAR
- JBS Melaka
- Hits: 107
MELAKA, 28 APRIL 2025 – Program Inspire i-Talent (Sinergi i-Talent) Peringkat Negeri Melaka 2025 (Siri 1) telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan seramai 30 orang peserta dalam tiga (3) sukan para iaitu Para Badminton, Para Lawn Bowls dan Para Ping Pong. Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat baharu serta meningkatkan penyertaan atlet para di peringkat negeri, di samping memupuk semangat kesukanan dan inklusiviti dalam kalangan komuniti orang kurang upaya (OKU).
Majlis penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Encik Abu Bakar bin Nyat, Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Negeri Melaka. Beliau turut diiringi oleh YBrs. Encik Mohd Khairol bin Kamis, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
JBSNM dan PESRON Negeri Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, UiTM Cawangan Melaka, Persatuan Badminton Melaka dan Persatuan Lawn Bowls Melaka atas kerjasama erat serta komitmen padu yang diberikan. Sokongan berterusan daripada pelbagai pihak ini amat penting dalam memperkasa pembangunan sukan para di negeri ini dan memberi ruang kepada atlet OKU untuk terus menyerlah dan mencipta kejayaan dalam bidang sukan.