TAKLIMAT PEGAWAI PENGELAS DAN PEGAWAI KESELAMATAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA (JBSN)

PUTRAJAYA, 25 April 2025 - Satu Sesi Taklimat Pegawai Pengelas dan Pegawai Keselamatan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah diadakan di Podium B Menara KBS Putrajaya. Sesi taklimat yang berlangsung pada 24 hingga 25 April 2025 ini turut dihadiri oleh Pengarah-Pengarah dan Pegawai daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri-Negeri. Hadir sama Encik Zailani bin Siran Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Sesi taklimat ini merupakan inisiatif JBSN dalam memastikan keselamatan dan perlindungan jabatan terjamin di samping meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pegawai-pegawai JBSN terhadap kepentingan Dasar Keselamatan Perlindungan Jabatan.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 16:56:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search