- JBS Melaka
- Hits: 144
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI MELAKA 2025
- JBS Melaka
- Hits: 144
MELAKA, 24 April 2025 - Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka bersama rakan strategik Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka (MGBM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 di Bilik Mesyuarat, JBS Negeri Melaka.
.
Mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan pelaksanaan aktiviti sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 17 dan 18 Mei 2025 bertempat di Taman Rekreasi Bukit Serindit, Melaka.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Datuk P. Shanmugam A/L V. Pitchay, Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka.
.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh YB Datuk Khaidhirah Datuk Seri Abu Zahar, Presiden MGBM Negeri Melaka; Sha'ari Samsudin, Pengarah Bahagian Khidmat Musaadah dan Pembangunan Belia Negeri Melaka; Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; Pegawai-Pegawai JBS Negeri Melaka, Exco Tertinggi MGBM dan wakil agensi kerajaan yang akan terlibat dalam pelaksanaan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2025.
.
Sambutan Hari Belia Negara adalah bertujuan menghargai dan mengiktiraf daripada pihak kerajaan kepada golongan belia yang menyumbang kepada pembangunan Negara.
Disediakan : Afiq Mazly