LIGA SUKAN OKU (LiSOKU) NEGERI MELAKA 2025 CUNGKAT BAKAT BAHARU

BATU BERENDAM, 24 Mei 2025– Suasana di Kompleks Sukan Batu Berendam berubah jadi lautan semangat luar biasa hari ini apabila acara Bola Tampar Duduk dan Futsal secara rasmi menutup tirai Liga Sukan Orang Kurang Upaya (LiSOKU) Melaka 2025.
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk P Shanmugam a/l V. Pitchay. Hadir sama Yang Berusaha Encik Muhammad Abdul Hafidz bin Mohd Amin, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Yang Berusaha Encik Faizal bin Mohd Zabil, Penolong Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka, Yang Berusaha Encik Mohd Eirwan bin Halim, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pendidikan Khas), Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah dan Yang Berbahagia Encik Bong Koi Sin, Presiden, Persatuan Olimpik Khas Negeri Melaka selaku rakan strategik program.
Tahniah kepada semua pemenang LiSOKU Melaka 2025. Berikut adalah senarai pemenang.

Bola Tampar Duduk Wanita
Johan: Jasin A
Naib Johan: Jasin B
Ketiga: Alor Gajah A

Bola Tampar Duduk Lelaki
Johan: Melaka Tengah A
Naib Johan: Jasin C
Ketiga: Jasin B

Futsal Wanita
Johan: Alor Gajah A
Naib Johan: Melaka Tengah A
Ketiga: Alor Gajah B

Futsal Lelaki
Johan: Melaka Tengah A
Naib Johan: Jasin A
Ketiga: Melaka Tengah C

Kemenangan anda adalah inspirasi buat seluruh Negeri Melaka!

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search