- JBS Melaka
- Hits: 86
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK NAIKTARAF GELANGGANG SUKAN BERBUMBUNG DI WISMA NEGERI, MELAKA.
- JBS Melaka
- Hits: 86
WISMA NEGERI, MELAKA 26 Mei 2025 - Satu Majlis Penyerahan Projek Naiktaraf Gelanggang Sukan Berbumbung di Wisma Negeri Melaka telah diadakan di Bilik Mesyuarat Intan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Melaka. Majlis ini telah dimulakan dengan sesi penyerahan projek siap daripada Syarikat Mekar Rimbun Resources kepada Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka dan seterusnya sesi penyerahan kepada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka.
Hadir bersama menyempurnakan sesi penyerahan ini YBhg. Datuk Noraini Binti Tawel Pengarah Tanah dan Galian Negeri Melaka dan YBrs. Encik Zalani bin Siran Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Turut hadir menyaksikan sesi penyerahan ini YBrs. Encik Aszhary bin Mohamad, Pengarah Bahagian Pengurusan Dan Khidmat Sokongan, Jabatan Belia Dan Sukan Negara.
Semoga kemudahan gelanggang berbumbung ini akan memberikan manfaat kepada komuniti setempat khususnya kepada penjawat awam yang berkhidmat di Wisma Negeri. Ayuh kita terus aktif bersukan untuk sihat dan cergas.!! JBSN Kominted.!!