- JBS Melaka
- Hits: 78
PBSD MT BINA HUBUNGAN STRATEGIK BERSAMA UNIVERSITI GEOMATIKA MALAYSIA MELAKA (UGM)
- JBS Melaka
- Hits: 78
AYER KEROH, 16 Mei 2025 – Satu sesi kunjung hormat pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah bersama Puan Nur Aina Aziefah, Pegawai Hal Ehwal Pelajar UGM telah diadakan bertempat di Kafeteria Harum Cengkih UGM. Pihak UGM berminat untuk menubuhkan Sekretariat Rakan Muda IPT (SRM) yang merupakan inisiatif di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia yang bertujuan untuk memperkasa belia di institusi pengajian tinggi melalui pelbagai program berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda.
Turut dibincangkan beberapa program kolaborasi yang akan dilaksanakan bersama di dalam Program Pembangunan Rakan Muda Peringkat Daerah Melaka Tengah bagi tahun 2025. Antaranya adalah Program Rakan Prihatin, Program Rakan Demokrasi, Program Rakan Mahir dan pelbagai lagi.
Pihak PBSD MT berharap kerjasama strategik ini dapat memperkukuh jaringan antara organisasi dalam melaksanakan program Pembangunan Rakan Muda di peringkat IPT.