PROGRAM SEMARAK HARI BELIA NEGARA (HBN) @ MELAKA TENGAH 2025

BUKIT KATIL, 15 MEI 2025 – Program Semarak Hari Belia Negara (HBN)@ Melaka Tengah 2025 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Katil Melaka. Semarak HBN 2025 dilaksanakan bagi menyebarluas sambutan HBN di peringkat akar umbi khususnya di daerah Melaka Tengah. la sebahagian daripada aktiviti yang menyumbang ke arah kemeriahan sambutan HBN peringkat negeri yang akan diadakan pada 17 dan 18 Mei 2025 bertempat di Taman Rekreasi Bukit Serindit.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dan memfokuskan pelaksanaan Ikrar Belia Malaysia dan aktiviti yang menjurus kepada pembangunan potensi belia menerusi aktiviti Gaya Hidup Rakan dengan pengisian aktiviti berdasarkan segmen yang telah ditetapkan seperti Port Fit Malaysia – “Malaysia Aktif @ Melaka Tengah”, Port Seni Kita & Suara Anak Muda, Port Gaming E-Sukan – Mobile Legend MT Challenge 2025, Port Pavilion Rakan Muda – Pameran dan Mari Mencuba serta Port Pavilion MGBD – “Jom kenali MGBD Melaka Tengah”.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Khaidhirah Binti Abu Zahar, Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian Dan Pembangunan TVET Negeri Melaka Merangkap Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka. Turut hadir sama majlis perasmian Encik Muhammad Abdul Hafidz Bin Mohamad Amin,Timbalan Pengarah Belia Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 16:56:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search