KEJOHANAN LIGA FUTSAL PIALA TYT YDP NEGERI MELAKA TAHUN 2025

MELAKA, 1 Jun 2025 - Liga Futsal Piala TYT YDP Negeri Melaka Tahun 2025 melabuhkan tirainya hari ini di Kapten Futsal Melaka Mall apabila TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam YDP Negeri Melaka berkenan menyampaikan ucapan perasmian penutup dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pasukan yang menang.
Terdahulu YBrs Tuan Zailani Siran, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka telah menyampaikan cek cura Geran Padanan Sukan (GPS) KBS bernilai RM45,000.00 kepada Presiden Persatuan Bangsa Aktif Malaysia, YBhg Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali bagi pelaksanaan kejohanan ini. Hadir sama YB Datuk, P. Shanmugam a/l V. Pitchay, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka dan YBhg Datin Sapiah binti Haron, YDP MPHTJ.
 

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search