- JBS Melaka
- Hits: 96
FUN WALK SEMPENA PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT (WRUR) DUN LENDE TAHUN 2025
- JBS Melaka
- Hits: 96
𝗟𝗘𝗡𝗗𝗨, 𝟯𝟭 𝗠𝗘𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟱 - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) Dun Lendu Tahun 2025 secara rasminya melabuhkan tirai pada hari ini. Pelbagai acara dan aktiviti telah disediakan bagi warga setempat khususnya penduduk di kawasan Dun Lendu. Acara "Fun Walk" antaranya telah diadakan bertempat di Kompleks Japerun Dun Lendu, Masjid Tanah Melaka.
Acara ini telah disempurnakan oleh YB. Datuk Shanmugam a/l V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang turut diiringi oleh Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan Encik Mohd Asri bin Hj. Ninggal selaku Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka.
Seramai 315 orang peserta telah menyertai acara ini dengan jarak laluan adalah sejauh 2.3 kilometer (km). Penyertaan peserta adalah terdiri daripada warga setempat yang melibatkan pelbagai kaum dan peringkat umur.
Terima kasih diucapkan kepada pihak agensi kerajaan dan badan-badan NGO yang telah banyak membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan acara ini sehingga selesai.