- JBS Melaka
- Hits: 90
KP JBSN MENYANTUNI BELIA MELAKA SEMPENA PROGRAM JALINAN MESRA BOLING ANAK MUDA NEGERI MELAKA 2025
- JBS Melaka
- Hits: 90
AYER KEROH, 1 Jun 2025 - YBhg. Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara hadir menyantuni belia Negeri Melaka sempena Program Jalinan Mesra Boling Anak Muda Negeri Melaka 2025 di Melaka International Bowling Centre, MITC.
Program anjuran Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Solok Tangga Batu itu mendapat sokongan penuh dari Kementerian Belia Dan Sukan melalui penyaluran Dana Sukan Komuniti (DSK) yang berjumlah RM10,000.00.
Hadir sama ialah YBrs. Tuan Zailani Siran, Pengarah JBSNM dan YBhg. Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, Presiden GB4B (M) Negeri Melaka.