- JBS Melaka
- Hits: 58
MERLIMAU MERIAH DENGAN SORAKAN EKOR HARIMAU MALAYA SEMPENA PROGRAM TAYANGAN SKRIN BESAR KBS KELAYAKAN PIALA ASIA 2027
- JBS Melaka
- Hits: 58
MERLIMAU, 10 Jun 2025 - Suasana meriah dengan sorakan Ekor Harimau Malaya di Pusat Aktiviti Belia Merlimau (D'Belia Waterfront) sempena Program Tayangan Skrin Besar KBS Peringkat Negeri Melaka 2025. Pasukan Harimau Malaya mempamerkan semangat juang yang tinggi dan membanggakan apabila berjaya menewaskan pasukan Vietnam dengan jaringan 4-0 di perlawanan kelayakan Piala Asia 2027.
Program ini diserikan dengan kehadiran YB Datuk Dr Muhamad Akmal bin Saleh Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka merangkap ADUN Merlimau bersama Encik Zailani bin Siran Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan antaranya seperti Penalti Shootout, Netball Shootout, Pertandingan Mewarna, Persembahan Kebudayaan UTEM, Cabutan Bertuah, Jamuan Makan Percuma, Booth Jualan Al Ikhsan, Booth Pemeran PETRON dan Sesi Penyerahan Jersi Akademi Bola Sepak Merlimau (REMSA). YB Datuk Dr. Muhamad Akmal turut menyumbangkan sebuah basikal dan 3 helai jersi Harimau Malaya sebagai hadiah utama untuk sesi cabutan nombor bertuah. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.
Mane lagi.? Melaka ler.!!