MESYUARAT PRA PEMBINAAN BAGI PROJEK MENAIKTARAF KOMPLEKS SUKAN KOMUNITI KRUBONG MELAKA

MELAKA TENGAH, 10 JUN 2025 – Telah berlangsung Mesyuarat Pra Pembinaan Bagi Projek Menaiktaraf Kompleks Sukan Komuniti Krubong, Melaka Bil 1/2025 bertempat di Bilik Mesyuarat JKR Daerah Melaka Tengah. Mesyuarat di Pengerusikan oleh Tuan Ir. Mahalil bin Mokhtar, Jurutera Daerah JKR Daerah Melaka Tengah. Hadir mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ialah Encik Mohd Khairol bin Kamis, Penolong Pengarah Kanan, JBSNMelaka.
Mesyuarat Pra Pembinaan ini adalah untuk sesi perbincangan menyeluruh berkaitan tarikh- tarikh penting bagi kerja menaik taraf untuk tindakan lanjut semua ahli mesyuarat. Kerja-kerja menaik taraf ini meliputi keseluruhan bangunan dewan besar dan pejabat di Kompleks Sukan Komuniti Krubong. Jangka masa siap kerja selama 18 bulan.
Sehubungan dengan itu, Kompleks Sukan Komuniti Krubong akan ditutup bermula 1 Julai 2025 untuk menjalankan kerja menaiktaraf semua fasiliti dalam kawasan kompleks. Para pelanggan masih boleh menggunakan dan membuat tempahan fasiliti sukan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka melalui talian : 06-2321116 atau tempahan di stf.kbs.gov.my.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 16:56:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search