KRUBONG, 9 Ogos 2025 - Telah berlangsung Program Intervensi Siri 7 Biggest Loser KBS Negeri Melaka 2025 dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Melaka dan Myfitjoy Aerobics Club di tasik One Krubong. Pada siri 7 ini diadakan Aktivti Kecergasan Long Slow Distance (LSD) untuk peserta di persekitaran Tasik 1 Krubong. Selepas tamat aktiviti diadakan sesi cabutan bertuah bagi peserta yang hadir.
𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵, 𝟵 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱 – Seramai 115 orang belia dari DUN Rembia telah menyertai Program Rakan Muda Rakan Demokrasi : Undi Orang Muda / Simulasi Pilihan Raya Peringkat Daerah Alor Gajah Siri 1 Tahun 2025, sempena 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗪𝗮𝗸𝗶𝗹 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 (𝗪𝗥𝗨𝗥) 𝗗𝗨𝗡 𝗥𝗲𝗺𝗯𝗶𝗮. Program anjuran 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵, dengan kerjasama 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗣𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 dan 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝟰𝗕 (𝗠) 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴 𝗟𝗼𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴, bertujuan meningkatkan kesedaran golongan muda tentang kepentingan mengundi serta peranan mereka dalam pembentukan kerajaan dan dasar negara. Majlis perasmian disempurnakan oleh 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗙𝗮𝗶𝗿𝘂𝗹 𝗡𝗶𝘇𝗮𝗺 𝗯𝗶𝗻 𝗥𝗼𝘀𝗹𝗮𝗻, EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka. Turut hadir ialah 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗩.𝗣 𝗦𝗵𝗮𝗻𝗺𝘂𝗴𝗮𝗺 𝗔/𝗟 𝗩 𝗣𝗶𝘁𝗰𝗵𝗮𝘆, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan NGO’s Negeri Melaka; 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗡𝗼𝗿𝗮𝗻𝗶𝘇𝗮 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗦𝗵𝘂𝗶𝗯, Timbalan Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka, 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗔𝗻𝗮𝘇𝗲𝗺 𝗯𝗶𝗻 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺, Pegawai Pembangunan Rakan Muda JBS Melaka; 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗦𝗼𝗱𝗶𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah; serta 𝗦𝗮𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗙𝗮𝗶𝘇 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝘇𝗶𝘇, Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Kampung Londang. Antara pengisian utama program ialah ceramah mengenai sistem pilihan raya Malaysia dan simulasi pilihan raya yang dikendalikan oleh Puan Noraniza binti Shuib, Timbalan Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka. Program ini menjadi platform penting dalam memberi pendedahan awal kepada belia tentang proses demokrasi negara dan bagaimana undi mereka mampu mempengaruhi masa depan Malalysia.
AYER KEROH, 8 Ogos 2025 - Latihan Kebudayaan sempena Program Integrasi Belia Sarawak Johor Sabah Melaka 3.0 sedang berlangsung dari 7 hingga 10 Ogos 2025 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka, Ayer Keroh. Peserta seramai 10 orang terlibat dalam latihan ini mewakili delegasi Negeri Melaka. . Latihan kebudayaan ini bertujuan memantapkan lagi persembahan warisan negeri Melaka yang akan dipersembahkan di pentas integrasi pada 14 Ogos di Hotel Promenade Kota Kinabalu, Sabah. . Latihan yang berlangsung di Dewan Latihan Belia ini menyaksikan para peserta mempersembahkan persembahan tarian dan nyanyian tradisional seperti Dondang Sayang dan joget anak Melaka sebagai simbol identiti negeri. Peserta turut diberi pendedahan asas protokol, disiplin dan etika program rentas negeri. . Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Zailani Siran berkesempatan dalam sesi suai kenal bersama para peserta dan memberikan kata semangat serta ingatan dalam membawa nama baik Negeri Melaka. Disediakan : Afiq Mazly
MENARA KBS, 8 Ogos 2025 - Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Projek Menaik Taraf Padang Bola Sepak kepada Padang Bola Sepak Sintetik di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka (KOMBES) bertempat di Menara KBS, Putrajaya. Mesyuarat membincangkan skop kerja keseluruhan projek naik taraf, pembentangan keputusan kajian tanah dan lain-lain hal yang berkaitan dengan kerja-kerja naik taraf projek ini. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs Puan Azlina binti Abd. Aziz, Bahagian Jurutera Awam Penguasa, JKR. Turut hadir ialah Encik Mohd Faez bin Othman, Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Pembangunan KBS. Hadir sama mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ialah Encik Mohd Khairol bin Kamis Penolong Pengarah Kanan JBSNMelaka dan Encik Mohd Ariff bin Mohamad Arifin, Penolong Jurutera JBSNMelaka.
AYER KEROH, 7 OGOS 2025- Sedang berlangsung Projek Menaik Taraf Gelanggang Futsal di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka. Keseluruhan struktur lama telah dirobohkan dan sedang dalam fasa pembersihan kawasan tapak projek. Tempoh perlaksanaan projek menaik taraf ini dijangka berlangsung selama 18 minggu dan bersedia digunakan oleh semua pelanggan bermula 2026 nanti. JBSMelaka sentiasa komited untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan demi memenuhi kehendak pelanggan dan aspirasi negara. Terima kasih kerana memilih fasiliti dan kemudahan di KBS untuk aktiviti sukan anda.
Merlimau, 6 Ogos 2025 - Telah berlangsung Perbincangan Penyelarasan Hari Sukan Negara (HSN) 2025 Peringkat Negeri Melaka Bil. 1/2025 bertempat di Merlimau, Melaka. Perbincangan ini diadakan bagi menyelaras pelaksanaan aktiviti dan kerjasama strategik bersama Japerun Merlimau sempena HSN2025 yang akan diraikan pada 11 Oktober 2025 nanti. Perbincangan ini dihadiri oleh YBrs Encik Zailan bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, YBrs Encik Jezlee bin Pit, Penghulu Tertinggi Dun Merlimau dan Encik Zakaria bin Hj. Samsudin, Setiausaha Japerun Merlimau. Semoga HSN2025 Peringkat Negeri Melaka dapat disambut dengan penuh semangat dan menjadi platform terbaik untuk memupuk budaya bersukan dalam kalangan rakyat negeri Melaka.
𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵, 𝟱 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱 - Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 telah dianjurkan bertempat di 𝗞𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝗸𝘀 𝗥𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗱𝗮 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵, 𝗟𝗲𝗻𝗱𝘂. Program ini dilaksanakan oleh 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 dengan kerjasama kelab kecergasan setempat dan ianya juga telah berlangsung bermula 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱 dan akan berakhir pada 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan badan melalui aktiviti senamrobik dalam komuniti. Selain itu, program ini turut bertujuan mengeratkan hubungan antara ahli komuniti melalui interaksi yang positif serta menyemai semangat kebersamaan. Ia juga memberi fokus kepada peningkatan keseimbangan dan koordinasi badan peserta. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah : - 𝗦𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗿𝗱𝗶𝗼𝘃𝗮𝘀𝗸𝘂𝗹𝗮𝗿 (𝗔𝗲𝗿𝗼𝗯𝗶𝗸) 𝗦𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗸𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 (𝗦𝘁𝗿𝗲𝗻𝗴𝘁𝗵 𝗧𝗿𝗮𝗶𝗻𝗶𝗻𝗴) 𝗦𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗹𝗲𝗻𝘁𝘂𝗿𝗮𝗻 (𝗙𝗹𝗲𝘅𝗶𝗯𝗶𝗹𝗶𝘁𝘆) 𝗦𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗶𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 (𝗕𝗮𝗹𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗧𝗿𝗮𝗶𝗻𝗶𝗻𝗴) 𝗦𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗔𝗻𝗮𝗲𝗿𝗼𝗯𝗶𝗸 𝗦𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗙𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 (𝗙𝘂𝗻𝗰𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗧𝗿𝗮𝗶𝗻𝗶𝗻𝗴) Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat.
BANDA HILIR, 31 Julai 2025 - Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Kota Melaka yang telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan bagi Tahun 2025. PBSD Melaka Tengah mengucapkan terima kasih di atas undangan menghadiri Mesyuarat Agong ini yang telah di adakan di The Street Kitchen, Sterling Hotel Melaka. En. Wan Mohd Jefri Bin Wan Hussin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada barisan Jawatankuasa lama serta mengharapkan barisan kepimpinan yang telah dilantik dapat meneruskan kepimpinan dan mengekalkan kecemerlangan yang telah ditonjolkan oleh Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Kota Melaka sebelum ini. Diharapkan dengan adanya gabungan kepimpinan lama dan kepimpinan muda di dalam barisan kepimpinan Jawatankuasa yang baru ini dapat menarik perhatian dan minat generasi muda khususnya dalam Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Kota Melaka menjelang pelaksanaan akta pindaan had umur belia kepada 30 tahun pada 2026. Majlis perasmian penutup Mesyuarat Agong Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Kota Melaka bagi tahun 2025 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohd Ridhwan Bin Mohd Ali, Presiden GB4B Malaysia merangkap Pengerusi 4B Melaka. Turut hadir sama Encik Wan Mohd Jefri Bin Wan Hussin Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Melaka Tengah.
SUNGAI RAMBAI, 3 OGOS 2025 - Kejohanan Ping Pong 1000 Liga Daerah Jasin 2025 telah berlangsung dengan meriah pada 3 Ogos 2025 (Ahad) bertempat di SJKC Chung Hwa, Sungai Rambai. Seramai 70 orang peserta telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini yang dianjurkan bersama oleh Merlimau Table Tennis Club. Program ini bertujuan mencungkil bakat baharu serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan komuniti.