- JBS Melaka
- Hits: 71
PERBINCANGAN PENYELARASAN HARI SUKAN NEGARA (HSN 2025) PERINGKAT NEGERI MELAKA BIL 1/2025
- JBS Melaka
- Hits: 71
Merlimau, 6 Ogos 2025 - Telah berlangsung Perbincangan Penyelarasan Hari Sukan Negara (HSN) 2025 Peringkat Negeri Melaka Bil. 1/2025 bertempat di Merlimau, Melaka. Perbincangan ini diadakan bagi menyelaras pelaksanaan aktiviti dan kerjasama strategik bersama Japerun Merlimau sempena HSN2025 yang akan diraikan pada 11 Oktober 2025 nanti.
Perbincangan ini dihadiri oleh YBrs Encik Zailan bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, YBrs Encik Jezlee bin Pit, Penghulu Tertinggi Dun Merlimau dan Encik Zakaria bin Hj. Samsudin, Setiausaha Japerun Merlimau.
Semoga HSN2025 Peringkat Negeri Melaka dapat disambut dengan penuh semangat dan menjadi platform terbaik untuk memupuk budaya bersukan dalam kalangan rakyat negeri Melaka.