- JBS Melaka
- Hits: 41
MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH TAHUN 2025
- JBS Melaka
- Hits: 41
𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵, 𝟱 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱 - Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 telah dianjurkan bertempat di 𝗞𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝗸𝘀 𝗥𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗱𝗮 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵, 𝗟𝗲𝗻𝗱𝘂. Program ini dilaksanakan oleh 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 dengan kerjasama kelab kecergasan setempat dan ianya juga telah berlangsung bermula 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱 dan akan berakhir pada 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱.
Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan badan melalui aktiviti senamrobik dalam komuniti. Selain itu, program ini turut bertujuan mengeratkan hubungan antara ahli komuniti melalui interaksi yang positif serta menyemai semangat kebersamaan. Ia juga memberi fokus kepada peningkatan keseimbangan dan koordinasi badan peserta.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah : -
𝗦𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗿𝗱𝗶𝗼𝘃𝗮𝘀𝗸𝘂𝗹𝗮𝗿 (𝗔𝗲𝗿𝗼𝗯𝗶𝗸)
𝗦𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗸𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 (𝗦𝘁𝗿𝗲𝗻𝗴𝘁𝗵 𝗧𝗿𝗮𝗶𝗻𝗶𝗻𝗴)
𝗦𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗹𝗲𝗻𝘁𝘂𝗿𝗮𝗻 (𝗙𝗹𝗲𝘅𝗶𝗯𝗶𝗹𝗶𝘁𝘆)
𝗦𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗶𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 (𝗕𝗮𝗹𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗧𝗿𝗮𝗶𝗻𝗶𝗻𝗴)
𝗦𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗔𝗻𝗮𝗲𝗿𝗼𝗯𝗶𝗸
𝗦𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗙𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 (𝗙𝘂𝗻𝗰𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗧𝗿𝗮𝗶𝗻𝗶𝗻𝗴)
Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat.