PADANG BOLA SEPAK KOMBES BAKAL BERWAJAH BAHARU

MENARA KBS, 8 Ogos 2025 - Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Projek Menaik Taraf Padang Bola Sepak kepada Padang Bola Sepak Sintetik di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka (KOMBES) bertempat di Menara KBS, Putrajaya.
Mesyuarat membincangkan skop kerja keseluruhan projek naik taraf, pembentangan keputusan kajian tanah dan lain-lain hal yang berkaitan dengan kerja-kerja naik taraf projek ini.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs Puan Azlina binti Abd. Aziz, Bahagian Jurutera Awam Penguasa, JKR. Turut hadir ialah Encik Mohd Faez bin Othman, Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Pembangunan KBS. Hadir sama mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ialah Encik Mohd Khairol bin Kamis Penolong Pengarah Kanan JBSNMelaka dan Encik Mohd Ariff bin Mohamad Arifin, Penolong Jurutera JBSNMelaka.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search