LATIHAN KEBUDAYAAN SEMPENA PROGRAM INTEGRASI BELIA SARAWAK JOHOR SABAH MELAKA 3.0

AYER KEROH, 8 Ogos 2025 - Latihan Kebudayaan sempena Program Integrasi Belia Sarawak Johor Sabah Melaka 3.0 sedang berlangsung dari 7 hingga 10 Ogos 2025 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka, Ayer Keroh. Peserta seramai 10 orang terlibat dalam latihan ini mewakili delegasi Negeri Melaka.
.
Latihan kebudayaan ini bertujuan memantapkan lagi persembahan warisan negeri Melaka yang akan dipersembahkan di pentas integrasi pada 14 Ogos di Hotel Promenade Kota Kinabalu, Sabah.
.
Latihan yang berlangsung di Dewan Latihan Belia ini menyaksikan para peserta mempersembahkan persembahan tarian dan nyanyian tradisional seperti Dondang Sayang dan joget anak Melaka sebagai simbol identiti negeri. Peserta turut diberi pendedahan asas protokol, disiplin dan etika program rentas negeri.
.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Zailani Siran berkesempatan dalam sesi suai kenal bersama para peserta dan memberikan kata semangat serta ingatan dalam membawa nama baik Negeri Melaka.
Disediakan : Afiq Mazly

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search