DURIAN TUNGGAL, ๐ฎ OGOS ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ - Acara 1000 Liga (Ping-Pong) Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 telah dianjurkan di ๐ฃ๐ถ๐ป๐ด๐ฃ๐ผ๐ฟ๐ ๐ง๐ฎ๐ฏ๐น๐ฒ ๐ง๐ฒ๐ป๐ป๐ถ๐, ๐๐๐ฟ๐ถ๐ฎ๐ป ๐ง๐๐ป๐ด๐ด๐ฎ๐น ๐ ๐ฒ๐น๐ฎ๐ธ๐ฎ dengan penyertaan seramai 40 peserta. Pertandingan ini dijalankan dalam kategori beregu dan berlangsung dalam suasana penuh semangat serta persaingan sihat.
Objektif utama program adalah untuk meningkatkan kemahiran fizikal, tumpuan dan disiplin diri peserta, menggalakkan semangat kesukanan, mencungkil serta mengembangkan bakat pemain dan mewujudkan gaya hidup yang sihat melalui aktiviti sukan yang menyeronokkan.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ ๐ ๐ผ๐ต๐ฑ ๐ฅ๐ฒ๐บ๐ถ๐ฒ๐๐ฎ๐ป ๐๐ณ๐ณ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฒ ๐ฏ๐ถ๐ป ๐๐ฏ๐ฟ๐ฎ๐ต๐ถ๐บ, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah. Kehadiran ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ ๐ก๐ผ๐ฟ๐๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ถ ๐ฏ๐ถ๐ป ๐ก๐ผ๐ฟ๐ฑ๐ถ๐ป, selaku Pengurus PingPort Table Tennis Melaka, turut menyerikan majlis tersebut serta menunjukkan sokongan terhadap pembangunan sukan ping-pong di peringkat daerah.
Secara keseluruhan, program ini telah dilaksanakan dengan teratur dan berjaya mencapai objektif utamanya dalam memperkukuh penyertaan belia dalam sukan ping-pong, sekali gus menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan komuniti setempat.
- JBS Melaka
- Hits: 241
