- JBS Melaka
- Hits: 57
1000 LIGA (PING-PONG) PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH TAHUN 2025
- JBS Melaka
- Hits: 57
DURIAN TUNGGAL, 𝟮 OGOS 𝟮𝟬𝟮𝟱 - Acara 1000 Liga (Ping-Pong) Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 telah dianjurkan di 𝗣𝗶𝗻𝗴𝗣𝗼𝗿𝘁 𝗧𝗮𝗯𝗹𝗲 𝗧𝗲𝗻𝗻𝗶𝘀, 𝗗𝘂𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 dengan penyertaan seramai 40 peserta. Pertandingan ini dijalankan dalam kategori beregu dan berlangsung dalam suasana penuh semangat serta persaingan sihat.
Objektif utama program adalah untuk meningkatkan kemahiran fizikal, tumpuan dan disiplin diri peserta, menggalakkan semangat kesukanan, mencungkil serta mengembangkan bakat pemain dan mewujudkan gaya hidup yang sihat melalui aktiviti sukan yang menyeronokkan.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗥𝗲𝗺𝗶𝗲𝘇𝗮𝗻 𝗘𝗳𝗳𝗲𝗻𝗱𝗶𝗲 𝗯𝗶𝗻 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah. Kehadiran 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗡𝗼𝗿𝘀𝘆𝗮𝘇𝗮𝗻𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗡𝗼𝗿𝗱𝗶𝗻, selaku Pengurus PingPort Table Tennis Melaka, turut menyerikan majlis tersebut serta menunjukkan sokongan terhadap pembangunan sukan ping-pong di peringkat daerah.
Secara keseluruhan, program ini telah dilaksanakan dengan teratur dan berjaya mencapai objektif utamanya dalam memperkukuh penyertaan belia dalam sukan ping-pong, sekali gus menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan komuniti setempat.