- JBS Melaka
- Hits: 78
BENGKEL BIMBINGAN DAN PEMBANGUNAN PORTFOLIO SKM (PPT) TAHAP 3 ZON SELATAN LIBATKAN 10 PEGAWAI DARI JBSNMELAKA
- JBS Melaka
- Hits: 78
PORT DICKSON , 30 Julai 2025 – Telah berlangsung Bengkel Bimbingan Dan Pembangunan Portfolio SKM melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) Tahap 3 Zon Selatan bertempat di Long Sand, Batu 10, Port Dickson Negeri Sembilan pada 28 hingga 30 Julai 2025. Seramai 10 Pegawai dari Skim S telah terpilih pada sesi kali ini untuk sesi bimbingan bersama Pegawai Penilai (PP).
Terdahulu, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) melalui Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson (APBMPD) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sedang dalam melaksanakan Pentauliahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) Tahap 3 dalam bidang Pelaksanaan Kerja Belia. Tujuan program ini adalah bagi membolehkan pekerja belia di tauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan seterusnya melatih mereka untuk memahami Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Rosdi bin Mahmud, Timbalan Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson (APBMPD). Hadir sama Encik Sodikin bin Ali selaku Pegawai Penilai (PP) yang dilantik.