- JBS Melaka
- Hits: 47
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA 2025 DAERAH JASIN BERLANSUNG LANCAR
- JBS Melaka
- Hits: 47
JASIN, 30 Julai – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Jasin bagi tahun 2025 telah berjaya diadakan pada hari ini, bertempat di Viktoria Space, Bandar Jasin Bestari.
Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi itu telah dirasmikan dan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Rahizi Ranom, Pegawai Daerah Jasin. Seramai 37 orang peserta hadir terdiri daripada wakil pertubuhan belia, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO).
Persidangan ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa yang melibatkan pembangunan belia di peringkat daerah, selain menjadi platform libat urus antara kerajaan dan golongan muda dalam merangka dasar serta pelan tindakan belia yang lebih inklusif.
Menurut Datuk Rahizi, penglibatan aktif belia dalam MPBN amat penting bagi memastikan suara mereka terus didengari dan diterjemahkan dalam bentuk dasar yang berimpak tinggi kepada masyarakat.
Majlis berakhir dengan sesi Pembentangan Usul dan Perbincangan Usul yang akan dibawa ke peringkat MPBN Negeri.