- JBS Melaka
- Hits: 54
1000 LIGA (MEMANAH) PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH TAHUN 2025
- JBS Melaka
- Hits: 54
GADEK, 𝟮 OGOS 𝟮𝟬𝟮𝟱 - 𝗟𝗮𝗽𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗠𝗲𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗚𝗮𝗱𝗲𝗸 telah menjadi lokasi berlangsungnya acara 1000 Liga (Memanah) Peringkat Daerah Alor Gajah bagi tahun 2025. Program yang dianjurkan oleh 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 bersama 𝗚𝗮𝗱𝗲𝗸 𝗔𝗿𝗰𝗵𝗲𝗿𝘆 𝗖𝗹𝘂𝗯 ini melibatkan 35 orang peserta yang bertanding dalam pertandingan memanah format 𝟮𝗗 (𝗥𝗼𝗹𝗮𝗻 𝗦𝗻𝗮𝗸𝗲).
Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan fokus, koordinasi tangan dan mata peserta, serta memberi peluang kepada golongan muda untuk mengasah bakat dalam sukan memanah, yang berpotensi membuka jalan bagi penyertaan dalam kejohanan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗥𝗲𝗺𝗶𝗲𝘇𝗮𝗻 𝗘𝗳𝗳𝗲𝗻𝗱𝗶𝗲 𝗯𝗶𝗻 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺, selaku Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗛𝗮𝗿𝘂𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗱 𝗧𝗮𝗻, Pengerusi Gadek Archery Club, dan 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘁𝗻𝗶 𝗦𝘂𝘄𝗮𝗻𝘁𝗿𝗶 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗔𝗿𝘀𝗵𝗮𝗱, Setiausaha Gadek Archery Club.
Penganjuran program ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak aktiviti sukan berasaskan komuniti, serta memperkukuh perpaduan dan gaya hidup sihat dalam kalangan belia daerah Alor Gajah.