PROGRAM RAKAN MUDA RAKANMAHIR : SKILL FOR LIFE DAERAH ALOR GAJAH SIRI 1 TAHUN 2025

𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵, 𝟮 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱 – Majlis Perasmian Penutup Program Rakan Muda Rakan Mahir : Skill for Life Peringkat Daerah Alor Gajah Siri 1 Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya di 𝗞𝗼𝗹𝗲𝗷 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗔𝗴𝗿𝗼𝘀𝗮𝗶𝗻𝘀 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗨𝗖𝗔𝗠), 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵, 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮.
Program ini memberi tumpuan kepada kemahiran pembuatan sabun wangi, sebagai usaha memperkasakan kemahiran keusahawanan dalam kalangan belia. Program ini merupakan anjuran 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 dengan kerjasama 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝟰𝗕 (𝗠) 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴 𝗚𝗮𝗱𝗲𝗸 dan 𝗦𝗲𝗸𝗿𝗲𝘁𝗮𝗿𝗶𝗮𝘁 𝗥𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗱𝗮 𝗨𝗖𝗔𝗠.
Majlis penutup telah dirasmikan oleh 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗞𝗮𝗽𝘁𝗲𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂 (𝗣𝗔) 𝗞𝗵𝗮𝗶𝗿𝗶 𝗦𝗵𝘂𝗸𝗿𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗧𝗮𝗵𝗶𝗲𝗿, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar & Pengantarabangsaan UCAM. Seramai 28 orang peserta terdiri daripada belia sekitar Daerah Alor Gajah telah menyertai program ini.
Turut disampaikan dalam majlis ini ialah sijil penyertaan kepada para peserta, sijil penghargaan kepada 𝗦𝗲𝗸𝗿𝗲𝘁𝗮𝗿𝗶𝗮𝘁 𝗥𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗱𝗮 𝗨𝗖𝗔𝗠 selaku urus setia program, serta kepada tenaga pengajar dari 𝗦𝗠𝗞 𝗕𝘂𝗸𝗶𝘁 𝗕𝗮𝗿𝘂 yang telah menyumbang kepakaran dalam bengkel pembuatan sabun.
Sebagai penghargaan khas, anugerah 𝗣𝗲𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 turut disampaikan kepada peserta yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang program berlangsung.
Program ini bukan sahaja menjadi platform pengembangan kemahiran hidup dalam kalangan belia, malah memperkukuhkan jalinan kerjasama antara institusi pengajian, sekolah, dan komuniti setempat dalam usaha membina generasi muda yang berdaya saing dan berkemahiran.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search