- JBS Melaka
- Hits: 53
MESYUARAT AGONG TAHUNAN GERAKAN BELIA 4B KAWASAN KOTA MELAKA TAHUN 2025.
- JBS Melaka
- Hits: 53
BANDA HILIR, 31 Julai 2025 - Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Kota Melaka yang telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan bagi Tahun 2025. PBSD Melaka Tengah mengucapkan terima kasih di atas undangan menghadiri Mesyuarat Agong ini yang telah di adakan di The Street Kitchen, Sterling Hotel Melaka.
En. Wan Mohd Jefri Bin Wan Hussin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada barisan Jawatankuasa lama serta mengharapkan barisan kepimpinan yang telah dilantik dapat meneruskan kepimpinan dan mengekalkan kecemerlangan yang telah ditonjolkan oleh Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Kota Melaka sebelum ini. Diharapkan dengan adanya gabungan kepimpinan lama dan kepimpinan muda di dalam barisan kepimpinan Jawatankuasa yang baru ini dapat menarik perhatian dan minat generasi muda khususnya dalam Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Kota Melaka menjelang pelaksanaan akta pindaan had umur belia kepada 30 tahun pada 2026.
Majlis perasmian penutup Mesyuarat Agong Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Kota Melaka bagi tahun 2025 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohd Ridhwan Bin Mohd Ali, Presiden GB4B Malaysia merangkap Pengerusi 4B Melaka. Turut hadir sama Encik Wan Mohd Jefri Bin Wan Hussin Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Melaka Tengah.