PROGRAM RAKAN MUDA DEMOKRASI : UNDI ORANG MUDA/SIMULASI PILIHAN RAYA PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH SIRI 1 TAHUN 2025

𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵, 𝟵 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱 – Seramai 115 orang belia dari DUN Rembia telah menyertai Program Rakan Muda Rakan Demokrasi : Undi Orang Muda / Simulasi Pilihan Raya Peringkat Daerah Alor Gajah Siri 1 Tahun 2025, sempena 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗪𝗮𝗸𝗶𝗹 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 (𝗪𝗥𝗨𝗥) 𝗗𝗨𝗡 𝗥𝗲𝗺𝗯𝗶𝗮.
Program anjuran 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵, dengan kerjasama 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗣𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 dan 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝟰𝗕 (𝗠) 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴 𝗟𝗼𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴, bertujuan meningkatkan kesedaran golongan muda tentang kepentingan mengundi serta peranan mereka dalam pembentukan kerajaan dan dasar negara.
Majlis perasmian disempurnakan oleh 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗙𝗮𝗶𝗿𝘂𝗹 𝗡𝗶𝘇𝗮𝗺 𝗯𝗶𝗻 𝗥𝗼𝘀𝗹𝗮𝗻, EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka. Turut hadir ialah 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗩.𝗣 𝗦𝗵𝗮𝗻𝗺𝘂𝗴𝗮𝗺 𝗔/𝗟 𝗩 𝗣𝗶𝘁𝗰𝗵𝗮𝘆, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan NGO’s Negeri Melaka; 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗡𝗼𝗿𝗮𝗻𝗶𝘇𝗮 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗦𝗵𝘂𝗶𝗯, Timbalan Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka, 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗔𝗻𝗮𝘇𝗲𝗺 𝗯𝗶𝗻 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺, Pegawai Pembangunan Rakan Muda JBS Melaka; 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗦𝗼𝗱𝗶𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah; serta 𝗦𝗮𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗙𝗮𝗶𝘇 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝘇𝗶𝘇, Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Kampung Londang.
Antara pengisian utama program ialah ceramah mengenai sistem pilihan raya Malaysia dan simulasi pilihan raya yang dikendalikan oleh Puan Noraniza binti Shuib, Timbalan Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka. Program ini menjadi platform penting dalam memberi pendedahan awal kepada belia tentang proses demokrasi negara dan bagaimana undi mereka mampu mempengaruhi masa depan Malalysia.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search