PROGRAM 1000 LIGA PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH TAHUN 2025 (SUKAN PETANQUE)

𝗔𝗟𝗢𝗥 𝗚𝗔𝗝𝗔𝗛, 𝟭𝟯 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟱 - Seramai 62 orang peserta telah menyertai acara Sukan Petanque Program 1000 Liga Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 bertempat di Gelanggang Petanque UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka.
Ucapan penghargaan serta terima kasih kepada 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗯 𝗕𝗼𝘂𝗹𝗲𝘀 𝗥𝗲𝗺𝗯𝗶𝗮 (𝗞𝗕𝗥) dan 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗼𝘂𝗹𝗲𝘀 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 yang merupakan rakan strategik PBSD Alor Gajah dalam menganjurkan kejohanan pada kali ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada pihak 𝗨𝗶𝗧𝗠 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝘀 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 kerana menjadi lokasi penganjuran kejohanan.
Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗦𝗼𝗱𝗶𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah bersama 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗦𝗶𝘁𝗶 𝗦𝘆𝘂𝗵𝗮𝗶𝗹𝗶 𝗕𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗡𝗮𝘄𝗮𝘄𝗶, selaku Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Unit Sukan UiTM Kampus Alor Gajah.
Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang memandangkan sambutan penyertaan yang amat menggalakkan daripada belia setempat.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search