KEJOHANAN BOLA SEPAK VETERAN PIALA YAB KETUA MENTERI MELAKA - MASTER SPORT PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2025

ALOR GAJAH, 27 Julai 2025 - Hari ini, sebanyak sepuluh (10) pasukan veteran berumur 40 hingga 60 tahun dari seluruh negeri Melaka bertanding merebut kejuaraan dalam Kejohanan Bola Sepak Veteran Piala YAB Ketua Menteri Melaka – Master Sport Peringkat Negeri Melaka 2025.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Tahniah kepada pasukan pemenang:
  Johan: Veteran Tanjung Minyak
  Naib Johan: Veteran Klebang
  Tempat Ketiga: Mastana Legend
  Tempat Keempat: Zero Four
Aksi-aksi mantap, semangat kesukanan yang tinggi serta kerjasama luar biasa menjadi sorotan utama sepanjang kejohanan ini berlangsung. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat terutamanya kepada Kelab Bolasepak Hulubalang atas komitmen dan peranan penting dalam menjayakan kejohanan ini dengan cemerlang.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search