PROGRAM RAKAN MUDA NIAGA, PASAR ANAK MUDA PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH TAHUN 2025

ALOR GAJAH, 𝟮𝟲 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱 – Program Rakan Muda Rakan Niaga : Pasar Anak Muda Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 telah berlangsung dengan meriah bersempena dengan 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗖𝗮𝗿 𝗙𝗿𝗲𝗲 𝗭𝗼𝗻𝗲 anjuran bersama 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 dan 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 dengan kerjasama 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗚𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵. Program ini telah diadakan di Dataran Keris, Alor Gajah Melaka.
Objektif penganjuran adalah bagi membuka peluang keusahawanan kepada golongan belia serta merancakkan aktiviti ekonomi komuniti setempat. Sebanyak 20 peniaga khemah jualan, 10 peniaga car boot sale, dan 2 pengusaha food truck telah mengambil bahagian dalam program kali ini. Kemeriahan turut dirasai dengan kehadiran lebih 1,000 orang pengunjung sepanjang program berlangsung.
Program ini turut diserikan dengan penganjuran aktiviti 𝗙𝘂𝗻 𝗥𝘂𝗻 dan 𝗙𝘂𝗻 𝗪𝗮𝗹𝗸 oleh 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗯 𝗢𝗹𝗮𝗵𝗿𝗮𝗴𝗮 𝗣𝗮𝗿𝗮𝗺𝗲𝘀𝘄𝗮𝗿𝗮 yang telah menarik penyertaan ramai golongan belia dan keluarga.
Majlis walkabout ke khemah - khemah jualan turut dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗚𝗵𝗮𝗳𝗮𝗿 𝗯𝗶𝗻 𝗡𝗴𝗮𝗵, Ketua Ahli Majlis (Majlis Perbandaran Alor Gajah), 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗥𝗮𝘇𝗶𝗺𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗠𝗮𝗵𝗮𝗱, Setiausaha Majlis Perbandaran Alor Gajah, 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗭𝗮𝗶𝗹𝗮𝗻𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗦𝗶𝗿𝗮𝗻, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗦𝗼𝗱𝗶𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah dan 𝗦𝗮𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗙𝗶𝗿𝗱𝗮𝘂𝘀 𝗯𝗶𝗻 𝗝𝗼𝗵𝗮𝗿𝗶, Naib Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah.
Program ini membuktikan bahawa kerjasama strategik antara agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan belia mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi belia serta memperkukuh semangat keusahawanan dalam kalangan komuniti.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search