PROGRAM RAKAN MUDA RAKAN DIGITAL : KURSUS CANVA EDITING PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH SIRI 1/2025

JALAN KUBU, 09 Ogos 2025 (Sabtu) - Telah berlangsung Program Rakan Muda Rakan Digital : Kursus Canva Editing Peringkat Daerah Melaka Tengah Siri 1/2025 bertempat di UNITAR College Melaka hasil kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah dan UNITAR College Melaka bertempat di UNITAR College Melaka.
Kursus ini merupakan platform pendedahan buat golongan belia tentang manfaat dan kelebihan Canva Editing yang menjurus kepada peningkatan peluang pekerjaan, pengembangan daya kreativiti dan inovasi serta keupayaan membangunkan sesuatu perisian / aplikasi baharu dan juga bagi mempromosikan Gaya Hidup Rakan Digital yang tergolong dalam inisiatif Rakan Muda dan secara langsung menitikberatkan pengetahuan, perkembangan serta pengaplikasian teknologi digital.
Seramai 40 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah, pelajar IPTA/IPTS, Persatuan Belia dan juga individu telah mengambil peluang menyertai program ini secara fizikal, Manakala 83 orang peserta telah menyertainya melalui Live. Para peserta telah diberi pendedahan berkaitan Canva dan CapCut. Dilatih oleh 2 orang tenaga pengajar mahir iaitu Cik Hafiza Wahida binti Ab Kadir dan Cik Fatin Haziqah binti Mohd Izam, Pensyarah UNITAR College Melaka.
Majlis Perasmian Penutup Dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Shafiq bin Ab Majid, Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah. Turut hadir Encik Muhammad Abdul Hafidz bin Mohd Amin, Timbalan Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Puan Ielmie binti Sabtu, Ketua Jabatan Operasi, UNITAR College Melaka dan Encik Wan Mohd Jefri bin Wan Hussin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search