- JBS Melaka
- Hits: 41
A SIMPLE MALAYSIA BMX FLATLAND COMPETITION 2025 (SIMPLEFLAT 2025)
- JBS Melaka
- Hits: 41
Ayer Keroh, 16 Ogos 2025 - Hampir 70 orang penggemar sukan berbasikal gaya bebas dari seluruh negara telah berkampung di Xtreme Park Dataran Sejarah bagi menyertai A Simple Malaysia BMX Flatland Competition 2025 (SIMPLEFLAT 2025). Pelbagai kategori dipertandingkan yang menawarkan hadiah lumayan termasuk televisyen.
Terdahulu cek cura yang bernilai RM 60,000.00 telah disampaikan oleh Encik Mohd Khairol Bin Kamis mewakili Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka kepada Encik Amnar Hazman Bin Abd Hamid, Pengerusi MAGS BMX Sport Club selaku penganjur program ini sebagai tanda sokongan daripada Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia melalui Geran Padanan Sukan.